Jom Cuba Resepi Nasi Minyak Mudah Lagi Sedap

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
resepi nasi minyak

Jika anda sedang mencari resepi nasi minyak simple dan mudah, anda boleh ikuti perkongsian ini untuk anda sediakan atau masak sendiri di rumah.

Biasa kita jumpa nasi minyak di kenduri-kenduri kahwin. Jadi pada hari tersebut, jumpa la macam-macam jenis, kadang ada Nasi Minyak Terengganu, Nasi Minyak Hujan Panas, Nasi Minyak Chef Wan la dan macam-macam.

BACA JUGA : 8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Anda Boleh Cuba Buat Di Rumah

Daripada itu, mungkin ada terdetik dan teringin juga nak sediakan menu nasi minyak sendiri dirumah lagi-lagi untuk tersayang kan.

Jadi kalau anda sedang mencari resepi atau cara masak nasi minyak mudah, anda boleh ikuti resepi daripada pengguna facebook, Cik Puan Sarah.

Dengan lebih 5K share diperoleh beliau menunjukkan cara buat nasi minyak dengan cara mudah dan pastinya sedap.

Resepi Dan Cara Masak Nasi Minyak

Cara masak nasi minyak yang ditunjukkan mudah sahaja lagi-lagi menggunakan beras biasa sahaja. Tak perlu beras lain pun. Bahan-bahan juga mudah di dapati.

Apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi nasi minyak dan cara memasaknya (tutorial gambar juga disediakan).

Bahan-Bahan

  • Kismis
  • Minyak sapi 2 sudu besar
  • Bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
  • *Bawang merah 5 bji, bawang besar setengah biji, bawang putih 4 biji, halia 1/2 inci (blend)
  • Planta 1 sudu besar
  • Daun pandan
  • Kiub ayam 1
  • Susu cair setengah cwn
  • Minyak masak 5 sudu besar

Kesemua bahan yang bertanda (*) perlulah diblend

resepi nasi minyak

Cara Masak

1. Panas kan minyak masak,minyak sapi,planta..saya tumis dalam rice cooker je terus

resepi nasi minyak

2. Tumis 3 sekawan (Bunga lawang, buah pelaga dan kayu mani)

resepi nasi minyak

3.  Masuk kan daun pandan,biar wangi

resepi nasi minyak

4. Masuk kan bahan blend. Biar kering sikit kemudian masukkan kiub ayam 1

resepi nasi minyak

5. Masuk kan kismis dn susu cair. Biar kering sikit

resepi nasi minyak

6. Masuk kan beras (guna beras biasa sahaja). Beras cuci dahulu dan tos kan je (dalam gambar menggunakan sukatan 2 setengah cawan)

resepi nasi minyak

7. Masuk kan air dan masak nasi macam biasa. Lebih kan air sikit jer. Klu nak masin boleh letak garam sikit. Tunggu sehingga masak

resepi nasi minyak

8. Dah siap Nasi Minyak! Sebagai cadangan, anda boleh hidangkan dengan ayam masa merah sebagai lauk atau daging masak kicap dan sebagainya.

resepi nasi minyak

Itulah dia perkongsian resepi dan cara masak nasi minyak mudah, simple dan sedap. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

sumber : Cik Puan Sarah

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment