Ex Staff Share Rahsia Resepi Bubur Ayam McDonalds

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
resepi bubur ayam mcdonalds

Pasti ramai yang setuju bila kata Bubur Ayam McDonalds antara bubur yang paling sedap di Malaysia. Tapi sebenarnya selain beli di restoren, bubur ayam McD ni ada ke resepi yang orang lain juga boleh cuba di rumah?

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang persoalan tersebut. Atau adakah sebenarnya resepi bubur Mekdi ini rahsia? Jadi tidak boleh tidak, jika anda mengidam anda kena beli juga di Mekdi berhampiran.

BACA JUGA : Resepi Dan Cara Buat Donut Gebu

Untuk info, McDonalds ada keluarkan menu Bubur Ayam McD dimana terdapat 2 saiz iaitu small dan medium dengan masing-masing berharga RM6.42 dan RM7.36.

Jika lihat kandungan bubur ayam ini secara fizikal, sebenarnya tiada yang istimewa pun. Kebanyakkan bahan yang digunakan mungkin sama sahaja seperti bubur ayam yang lain, tapi rasanya unik dan sedap.

Persoalan ini sebenarnya kini sudah ada jawapan. Bekas pekerja atau ex staff McDonalds sendiri ada share dan spill rahsia bubur ayam Mekdi ini di laman Threads. Perkongsian ini dibuat selepas ada yang menanyakan tentang resepi rahsia bubur ayam tersebut.

resepi bubur mcdonalds

Resepi Bubur Ayam McDonalds

Pada awalnya pengguna @najwa.xzuan tanyakan secara general di laman threads beliau untuk nak tahu resepi rahsia bubur ayam McD. Disebabkan itulah, @annareduan39 tampil di post tersebut dan kongsikan resepi rahsia tersebut untuk orang ramai.

Bahan Utama:

  • Nasi
  • Air secukupnya
  • Chicken stock botol Maggi (beli sini)
  • Ayam rebus di potong dadu
  • Lada hitam
  • Minyak bijan
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Cara Buat:

1. Masak nasi + air sampai jadi bubur lembut

2. Masukkan stok ayam (sukatan 1/2 sudu untuk 5 orang makan)

3. Masukkan ayam dadu dan ditambah dengan sedikit air rebusan ayam

4. Perasakan dengan lada hitam & minyak bijan

5. Akhir sekali tabur daun bawang bersama bawang goreng sebelum hidang

Beliau pernah bekerja di restoren McDonalds untuk tempoh 5 tahun sebelum berhenti ketika waktu pandemik melanda negara.

Sekarang kita dah tahu resepi rahsia bubur ayam McDonalds. Yang belum tahu, adakah ianya sama seperti yang ada di restoreng tersebut?

Jika anda sudah cuba, kongsikan dengan kami di ruangan komen dibawah. Semoga membantu.

Sumber : threads

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now