Akhirnya selepas bertahun-tahun rakyat marahein bagi idea, McDonalds Malaysia merialisasikan hasrat tersebut. Kini Mekdi sudah ada sos cili dalam botel, alternatif kepada sos cili dalam paket.
Dalam sesi perkenalan kepada Botol Sos Cili Mekdi pada awalnya, mereka menawarkan secara percuma kepada 500 yang terawal. Anda nak tebus, kena datang ke cawangan McD Bukit Bintang dan bawa 1 paket sos cili. Kemudian boleh claim botol sos cili tersebut.
Kemudian hari berikutnya barulah pihak McDonalds Malaysia secara rasmi memperkenalkan kepada orang ramai pula. Kini botol sos cili Mekdi ini, anda boleh dapatkan di semua cawangan McDonalds seluruh Malaysia.
Botol Sos Cili Mekdi Terbaru
McDonalds pada mulanya menyediakan stesen pum sos cili. Kemudian bermula ketika pandemik, mereka perlahan-lahan menarik balik pilihan pum tersebut. Kini hanya ada dalam bentuk paket sahaja.
BACA JUGA : Ex Staff Share Rahsia Resepi Bubur Ayam McDonalds
Tapi kini mereka memperkenalkan pula sos cili mereka dalam bentuk botol. 1 botol tersebut sama dengan jumlah 44 paket sos cili biasa. Manakala isipadu bersih untuk botol ini adalah bersaiz 375ml.

Cara Dapatkan Botol Sos Cili Mekdi
Anda boleh buat pesanan sama ada secara online menggunakan aplikasi McDonalds atau walk-in ke mana-mana cawangan untuk dapatkan botol sos cili tersebut. Caranya mudah sahaja.
Seperti yang diumumkan, anda boleh dapatkan botol sos cili ini dengan membeli mana-mana McValue Meal atau mana-mana set Mekdi dan buat pesanan tambahan atau add-on botol sos cili dengan harga RM10.00 sahaja.


Ini bermaksud, anda boleh beli botol sos cili ini dengan harga RM10 tetapi wajib beli mana-mana set Mekdi. Setiap set makanan, hanya boleh beli 1 botol sahaja. Jadi kalau anda nak beli lebih, anda kena beli set makanan lain pula.
Review Rasa Sos Cili Mekdi Dalam Botol
Sebenarnya rasa sos cili dalam botol ini sedikit lain jika dibandingkan dengan dalam paket. Jika anda baca perkongsian atau review daripada pengguna di Threads atau TikTok, mereka juga berkata sedemikian.
Rasanya macam manis sedikit daripada sos cili biasa. Ada yang kata mungkin disebabkan ianya diletak dalam botol plastik. Jadi ada rasa lain sikit jika dibandingkan dengan sos cili mekdi dalam paket.
Anda rasa macam mana? Dah beli botol sos cili mekdi ini?











