10 Resepi Daging Yang Anda Boleh Cuba

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
senarai resepi daging

Ada stok daging di rumah tetapi masih belum tahu menu apa yang sesuai dimasak hari ini? Jom lihat senarai resepi daging menarik yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Hari ini mungkin ada ahli keluarga atau saudara-mara yang ingin datang berkunjung ke rumah, dan anda pula sudah menyediakan daging sebagai hidangan utama tetapi masih belum pasti menu apa yang sesuai untuk dimasak.

Bila sebut sahaja daging, memang terlalu banyak pilihan masakan yang boleh dicuba, terutamanya resepi masakan Melayu. Kadang-kadang sampai pening nak buat keputusan kerana semuanya nampak menyelerakan.

Ada juga situasi di mana anda sudah terbayang hidangan yang ingin dimasak, namun masih kurang yakin tentang cara penyediaannya, bahan yang diperlukan atau langkah memasaknya.

Oleh sebab itu, di sini kami kongsikan 10 resepi daging menarik yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Mana tahu hasil masakan anda nanti berjaya memikat hati keluarga ataupun bakal mentua kan.

BACA JUGA : 7 Restoren Daging Salai Paling Sedap Di Kuala Lumpur & Selangor

Semua resepi ini sesuai disediakan untuk pelbagai majlis dan boleh dinikmati bersama anak-anak, pasangan, ibu bapa mahupun rakan-rakan.

Yang penting, masak dengan penuh rasa dan kasih sayang supaya setiap orang yang menikmati hidangan tersebut berasa puas hati. Selepas itu bolehlah anda berkongsi pula resepi masakan daging ini dengan orang lain.

10 Resepi Daging Yang Anda Boleh Masak Di Rumah

Berikut ialah 10 pilihan resepi berasaskan daging yang boleh anda mask dan cuba sediakan sendiri di rumah:

1) Resepi Daging Masak Kicap

resepi berasaskan daging masak kicap

Daging masak kicap merupakan antara hidangan popular yang sesuai disediakan untuk keluarga dan insan tersayang. Jika anda ingin mencuba menu ini di rumah, boleh ikuti resepi yang pernah dikongsikan oleh Ben Safwan seperti di bawah.

Bahan-Bahan

  • Daging yang digunakan sebanyak 500g yang dihiris nipis
    1. 1/2 sudu makan serbuk kunyit1 sudu makan cili kisar
    2. 1 sudu teh jintan manis dan jintan putih tumbuk
    3. 1 sudu makan bawang kisar
    4. 2 sudu makan kicap pekat
    5. 2 sudu makan kicap mani
    6. 1/2 sudu makan gula
    7. 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 2 1/2 sudu makan bawang merah, bawang putih dan halia kisar
  • 1 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa
  • Kica pekat

Cara-Cara

  1. Gaul dan perap 10 minit bersama kesemua bahan 1-7
  2. Dalam kuali,tumiskan kulit kayu manis bersama biji buah pelaga sampai naik bau
  3. Kemudian, barulah masukkan bawang merah, bawang putih, halia kisar dan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
  4. Sudah pecah minyak, baru masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biar daging lembut dengan keluar air daging
  5. Akhirnya, tunggu air daging hingga hampir kering barulah tambahkan air asam jawa dan sesuaikan rasa mengikut selera. Jika perlu tambah kicap pekat untuk nampak hitam,tambah secukupnya. SIAP!

2) Resepi Masak Daging Kurma

resepi daging kurma

Daging kurma merupakan antara hidangan yang sering menjadi pilihan ramai dan lebih menyelerakan apabila dinikmati bersama nasi putih panas serta telur dadar.

Jika anda ingin mencuba menu ini, boleh ikuti perkongsian resepi daripada Aisyah Mansor di Facebook seperti yang dikongsikan olehnya.

Bahan-Bahan

  • Kuantiti daging kambing yang digunakan pada masakan ini adalah bersamaan seekor daging kambing (iaitu anggaran 16 kg)
  • 7 biji kelapa (anggaran-ikut saiz kelapa)
  • garam secukup rasa
  • 1 paket (100gm) Kulit kayu manis
  • 1 paket (100gm) bunga lawang
  • 1 paket (100gm) jintan manis
  • 1 paket (100gm) buah pelaga
  • 4-5 pek (220g) rempah kurma Faiza
  • 10 ulas bawang merah – hiris
  • 15 ulas bawang putih – hiris
  • 7 inci halia- hiris
  • 1 cawan minyak masak

Bahan Kisar

  • 15 ulas bawang besar
  • 18 ulas bawang putih
  • 7 inci halia
  • 18 biji buah keras – kuah jadi lemak
  • Sayuran (untuk tabur selepas siap masak)
  • 4 tangkai cili hijau
  • 15 biji ubi kentang
  • 6 biji buah tomato – belah 2
  • 6 biji bawang besar – belah 4
  • Daun sup
  • Daun pandan

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
  3. Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang. SIAP!

3) Resepi Daging Masak Merah

daging masak merah

Sekarang kita lihat pula resepi daging masak merah yang dikatakan mempunyai cita rasa ala Thai. Hidangan ini sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas, manis dan cukup menyelerakan.

BACA JUGA : Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Disediakan Di Rumah

Farahziana Jarahim turut berkongsi cara penyediaan daging masak merah seperti di bawah. Menurutnya, bahan-bahan yang digunakan tidak mempunyai sukatan khusus kerana semuanya dimasak mengikut anggaran dan citarasa sendiri.

Bahan-Bahan

  • Daging
  • Bawang putih 3-4 ulas
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Perasa garam gula

Cara-Cara

  1. Rebus daging terlebih dahulu. Jika nak nampak lebih merah, letak pewarna merah terang
  2. Jika sudah empuk, sejukkan terlebih dahulu dagingnya dan kemudian hiris nipis
  3. Ketuk bawang putih
  4. Panasakan minyak dan goreng daging sekejab bagi nampak garing-garing sikit
  5. Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih tadi kemudian letak cili kisar dalam 2 sudu besar
  6. Kemudian bila cili kisar sudah garing, bolehlah masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kalau ada sos air labu, boleh letak sekali. Kemudian masukkan air rebusan daging sebentar tadi dalam 3,4 sudu.
  7. Kemudian, kacau-kacau dan letak laa perasa garam gula. Akhir sekali letak lada besar dan bawang besar serta dagin tersebut. kacau sekejab dan tutup api
  8. Ianya sudah siap dihidang di dalam pingan. SIAP!

4) Resepi Rendang Daging

rendang daging

Rendang daging merupakan antara hidangan tradisional yang sering disajikan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri serta majlis kenduri. Namun begitu, menu ini juga sesuai dimasak pada hari-hari biasa untuk dinikmati bersama keluarga.

Jika anda ingin mencuba sendiri di rumah, boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh Noor Khadijah seperti berikut.

Bahan-Bahan

  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Lada hitam yang sudah siap tumbuk
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Santan
  • Kerisik

Cara-Cara

  1. Blend dan tumis terlebih dahulu bahan diatas
  2. Selepas tumis dan sudah garing masukkan pula cili kering
  3. Apabila sudah pecah minyak, barulah masukkan daging (tak perlu tambah ai).
  4. Apabila sudah kering, masukkan santan dan juga kerisik serta tunggu sehingga kering
  5. Taburkan daun kunyit dan juga serai
  6. Akhirnya,  perasakan dengan garam
  7. Sudah boleh dihidangkan.
  8. SIAP!

5) Resepi Daging Dendeng

daging dendeng

Tyna Shamsuddin ada berkongsi resepi daging dendeng yang cukup menyelerakan. Menurutnya, hidangan ini memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih panas hingga boleh membuatkan sesiapa sahaja mahu menambah lagi.

Jadi, jika anda sedang mencari menu berasaskan daging yang menarik untuk dicuba, bolehlah cuba resepi daging dendeng ini.

Bahan-Bahan

  • Daging lembu
  • Bawang besar, bawang kecil, bawang putih**
  • Halia**
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Kayu manis, bunga lawang
  • Cili blend
  • Air asam jawa
  • Air rebusan daging
  • Kicap lemak manis

Cara-Cara

  1. Rebus daging supaya menjadi empuk
  2. Bahan yang bertanda ** dimayang halus kemudian digoreng
  3. Daging dihiris nipis dan nak bagi lebih nipis, tumbuk satu-satu hirisan daging tersebut
  4. Daging yang sudah siap ditumbuk sebentar tadi, kemudiannya di goreng sebentar. Jangan terlalu lama
  5. Guna minyak yang sama tadi, tumis serai yang sudah diketuk, kayu manis, bunga lawang dan daun limau purut
  6. Kacau-kacau kemudian masukkan cili blend tadi. Goreng sehingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan kicap lemak manis dlm 1/2 cawan
  8. Masukkan sedikit air asam jawa
  9. Perasakan dengan garam dan gula
  10. Masukkan 1 mangkuk kecil air rebusan daging tadi
  11. Kemudian masukkan daging yang siap digoreng tadi. Kacau sehingga kuah kering sedikit
  12. Masukkan bawang goreng yang sudah di goreng tadi. Kacau sehingga bawang goreng tadi sebati dengan warna masakkan.
  13. Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah lagi air. Kacau sehingga nampak kering sedikit.
  14. Sudah siap untuk dihidangkan!

6) Resepi Sup Daging

sup daging

Jika anda mahukan hidangan daging yang lebih berkuah, mungkin boleh cuba menyediakan sup daging ala Thai yang cukup menyegarkan.

Selain menikmati potongan daging yang lembut, anda juga boleh menghirup kuah supnya yang penuh rasa dan menyelerakan.

Itulah antara sebab resepi ini dikongsikan oleh Ben Safwan di Facebook untuk dicuba oleh orang ramai.

Bahan-Bahan

  • 500-800 gram daging lembu rebus dengan 200ml air sehingga 35-40 minit api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar
  • 500 ml air kosong
  • 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
  • 2 ulas bawang putih ketuk
  • 1 batang saderi panjang
  • 1 batang akar daun ketumbar ketuk
  • 4-5 tangkai daun ketumbar
  • 1-2 tangkai daun bawang
  • 2-3 cili Thai ketuk
  • 1/2 bawang Holland saiz besar
  • 2 biji tomato belah 4
  • 1 biji besar asam limau
  • 3 sudu makan sos ikan
  • Garam,serbuk perasa,bawang goreng secukupnya dan kalau perlu

Cara Masak

  1. Panaskan minyak terlebih dahulu kemudian tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, tomato hingga bawang betul-betul layu
  2. Sudah selesai, baru tambah 700 ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan
  3. Bila sudah mendidih, perasakan mengikut citarasa dengan serbuk perasa, garam, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. 
  4. Dah siap. Boleh taburkan dengn bawang goreng dan siap dihidang.

7) Resepi Singgang Daging

singgang daging

Kebiasaannya masakan singgang menggunakan ikan sebagai bahan utama, tetapi kali ini apa kata cuba versi berasaskan daging pula. Jika dimakan bersama budu, memang boleh buat rasa semakin berselera.

Jom lihat resepi yang pernah dikongsikan oleh Shareena Nana di Facebook tentang cara menyediakan singgang daging yang sedap dan mudah untuk dicuba di rumah.

Bahan-Bahan

  • Gaging
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Belacan
  • Cili api
  • Serai yang di ketuk
  • Asam keping

Cara Masak

  1. Masukkan air sehingga mendidih baru masuk kan kesemua bahan kecuali asam keping
  2. Apabila bahan-bahan tadi sudah masak atau air sudah mendidih, baru masuk kan daging
  3. Tunggu daging separuh masak, baru masuk kan asam keping
  4. Kemudian masuk kan perasa seperti garam dan gula, seeloknya guna gula melaka
  5. Sudah siap dan dihidangkan.

8) Resepi Daging Blackpepper

resepi daging blackpepper

Jika anda ingin mencuba hidangan berasaskan lada hitam, boleh cuba menyediakan daging black pepper yang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Menu ini juga sesuai dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga.

Ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Mazliza Ahmad seperti berikut:

Bahan-Bahan

  • 1/2 kg daging (potong nipis dan basuh)
  • 2 atau 3 biji kentang (potong ikut suka)
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 sudu makan lada hitam*
  • 3 sudu mkn sos tiram
  • 3 sudu mkn cili sos
  • Kicap lemak manis (tuang ikut hitam citarasa sendiri)
  • Garam dan perasa
  • 1 sudu mkn gula
  • Cili masak/cili hijau-belah
  • Cilipadi-5 atau 6 tangkai
  • 1 biji bwng besar-hiris bulat

Cara Masak

  1. Blend bahan bertanda * terlebih dahulu
  2. Masukkan bahan yang sudah blend tadi bersama daging
  3. Masukkan cili sos, sos tiram dan kicap
  4. Gaul rata daging dan bahan
  5. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis daging tadi
  6. Masukkan kentang
  7. Masukkan garam, perasa dan gula
  8. Masak hingga daging dan kentang hingga empuk dan agak pekat (kalau daging belum empuk, boleh tambahkan air)
  9. Akhirnya, masukkan cili padi, cili belah dan bawang hiris
  10. Siap untuk dihidang atas pinggan.

9) Resepi Daging Goreng Madu Berempah

daging goreng madu berempah

Kali ini kami kongsikan pula resepi daging goreng madu berempah yang menggunakan campuran rempah bagi menaikkan lagi aroma dan rasanya. Dengan tambahan madu, hidangan ini pasti mempunyai rasa manis yang seimbang dan cukup menyelerakan.

Sama ada sedap atau tidak, anda boleh cuba sendiri resepi yang pernah dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob ini.

ahan-Bahan

  • Daging
  • Jintan manis
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Serai
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam dan gula
  • Madu
  • Cili

Cara-Cara

  1. Mula-mula anda perap daging dengan jintan manis, serbuk lada hitam sedikit serbuk cili, sedikit serbuk kari, serai blender, halia, bawang merah, bawang putih blender, garam, gula dan madu. Perap seharian.
  2. Hari berikutnya, goreng daging tersebut dengan api sederhana.
  3. Dah agak masak masukkan bawang potong dan cili api ketuk
  4. Akhirnya, hias dengan daun sup dan bawang goreng
  5. Siap untuk dihidang. SIAP!

Nota: Untuk membangkit rasa daging dan mengelakkan rasa muak daging, anda perah sedikit asam limau nipis ke atas daging

10) Resepi Paprik Daging

paprik daging

Resepi terakhir yang boleh anda cuba ialah paprik daging yang dikongsikan oleh pengguna bernama Murni Rahmat. Jika anda teringin menikmati paprik ala Thai seperti di restoran, boleh cuba sediakan sendiri menu ini di rumah.

Tidak perlu lagi makan di luar kerana anda juga mampu menghasilkan hidangan yang sedap dengan air tangan sendiri dan penuh kasih sayang untuk keluarga.

Bahan-Bahan

  • Setengah kilo daging. Jika liat, anda boleh rebus terlebih dahulu
  • Sebiji bawang Holland (potong dadu)
  • Sebiji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu cili kisar
  • 3 batang serai (potong kasar)
  • Seinci halia
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit sos cili dan sos tomato
  • kicap manis
  • Kiub ayam/cukup rasa/perasa

Cara Masak

  1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau dan pecah minyak
  2. Masukkan serai, halia dan daun limau purut
  3. Masukkan daging dan tunggu sampai empuk
  4. Tambah sos cili, sos tomato dan kicap manis
  5. Kemudian, reneh sekejap hingga semua bahan mesra
  6. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato dan daun saderi
  7. Kini ianya siap dihidang.

Itulah antara 10 resepi berasaskan daging yang boleh anda cuba sediakan untuk keluarga dan insan tersayang. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta menambah idea masakan anda di rumah.

Jika anda rasa perkongsian ini menarik, jangan lupa kongsikan juga di Facebook supaya lebih ramai dapat mencuba resepi-resipi ini.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now