Apa ayat yang sesuai kalau nak chat Whatsapp untuk minta balik bayar hutang kita. Pastikan ayat yang digunakan tidak menyinggung perasaan yang menerima hutang dan sudah pastinya boleh dapatkan duit kita kembali.
Masa nak minta pinjam duit, biasanya akan keluar macam-macam ayat dan janji manis. Akan bayar pada bulan seterusnya, bayar pada hujung bulan, akan bayar selepas perniagaan untung dan sebagainya.
Tetapi jika sudah tiba untuk waktu bayar hutang itu kembali, tiba-tiba suasana menjadi sepi. Tiba-tiba lupa dengan semua janji yang ditaburkan. Jadi kita yang memberi hutang ni pula yang jadi serba salah untuk minta balik bayar hutang tersebut.
Ditambah pula jika yang berhutang dengan kita itu sahabat kita sendiri atau saudara kita sendiri. Jika mereka buat-buat lupa, kita pula terpaksa ingatkan. Tapi risau akan hubungan yang terjalin. Takut akan terasa apabila kita minta untuk bayar duit itu kembali.
BACA JUGA : Tips Cara Nak Enjoy Bayar Hutang
Tidak boleh tidak, itu memang duit kita. Jadi kalau dia buat-buat lupa taknak bayar, kita kena juga minta untuk suruh bayar. Caranya bermula dengan chat Whatsapp dahulu. Tapi kena guna ayat yang sesuai untuk permbulaan.
Antara Contoh Ayat Chat Whatsapp Minta Balik Bayar Hutang
Jadi ini adalah contoh ayat-ayat untuk chat Whatsapp minta balik bayar hutang tapi bunyi masih natural dan dalam nada yang baik. Yang penting mesej sampai yang mana hutang tersebut perlu dibayar.
Weh bro, nak tanya sikit pasal duit hari tu. Bila agak-agak kau boleh bayar ya? Aku nak plan sikit duit aku untuk kegunaan lain.
Weh, aku nak tanya pasal duit hari tu boleh? Kalau kau dah ada bajet, bolehlah settlekan ya. Aku tanya ni bukan apa, cuma nak susun kewangan aku sikit. Harap kau tak salah faham.
Bro, pasal duit hari tu, kau rasa macam mana? Kalau ada apa-apa masalah atau belum boleh bayar penuh, bagitahu je aku. Kita boleh bincang elok-elok, janji aku tahu perancangannya macam mana.
Bro, duit hari tu macam mana? Aku saja nak check dengan kau. Kalau dah boleh bayar, bagitahu aku ya.
Weh, sekarang aku tengah susun bajet untuk bulan ni. Jadi aku nak tanya pasal duit yang kau pinjam hari tu, bila kau rasa boleh pulangkan ya?
Aku nak tanya sikit pasal duit hari tu. Harap kau tak terasa aku tanya ya. Aku cuma nak tahu bila kau boleh settlekan sebab dah sampai tempoh yang kita bincang sebelum ni.
Weh, nak follow up pasal duit hari tu. Bila kau boleh transfer ya? Senang aku nak plan perbelanjaan aku juga.
Brooo, aku nak claim balik duit aku yang tersimpan dekat kau tu. Bila boleh dapat balik? Aku ingat nak guna duit sikit la bulan depan.
Weh, aku nak minta kepastian sikit pasal bayaran duit hari tu. Sebelum ni kita dah tetapkan tempoh, jadi aku nak tahu bila kau boleh selesaikan. Bagitahu aku tarikh yang sesuai ya.
Weh bro, macam mana pasal duit yang kau pinjam hari tu? Aku nak tanya bila boleh settle ya. Aku faham kalau kau ada komitmen lain, cuma aku pun nak susun kewangan aku. Kalau ada apa-apa, kita bincang je.
Anda boleh gunakan mengikut kesesuaian. Mulakan dengan langkah awal untuk chat di Whatsapp dulu. Jika tak lepas juga, boleh cuba call dan mula bincang. Akhirnya kalau liat juga, boleh terus jumpa je.
Tapi untuk yang membuat hutang atau pinjam duit orang tu, sebaiknya penuhilah janji yang telah ditetapkan sebelum ini. Jika tak mampu sekali pun, cuba terangkan dengan kawan anda tersebut keadaan sebenar. Jangan palau.
Semoga ini membantu untuk anda.











