Telefilem Nadi Luna DI TV3

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
Nadi Luna TV3

Saksikan telefilem Nadi Luna yang akan bersiaran semula pada 23 Oktober 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

BACA JUGA : Slot Wayang Membawakan Jodoh Wassap Tayangan Di TV3

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Harris Fadzillah, nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland dan diterbitkan oleh produksi Tenview (MS) Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintang telefilem ini seperti Azrel Ismial, Amelia Henderson, Elisha Sandha, Afiq Muiz, Nur Qistina Raisah, Nik Hadiff Dani, Nurawanis dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azrel Ismail sebagai Amri
  • Amelia Henderson sebagai Fira
  • Elisha Sandha sebagai Wani
  • Afiq Muiz sebagai Rizal
  • Nur Qistina Raisah sebagai Luna
  • Nik Hadiff Dani sebagai Riyyan

Sinopsis Telefilem Nadi Luna

Kisah Fira yang sibuk dengan persiapan sambutan hari jadi untuk Riyaan yang kelima. Dia sanggup berbelanja lebih untuk merealisasikan tema hari jadi Riyyan. Amri tidak bersetuju langsung kerana baginya semua itu membazir.

Bagaimanapun, Amri mengalah kerana Fira terkenang susah payah mereka untuk mendapatkan anak. Sambutan hari jadi Riyyan bertemakan ‘Comboy’ dan dihadiri ramai tetamu. Riyyan yang bermain dengan gelongsor terjatuh apabila kanak-kanak tanpa sengaja mengolakknya.

Riyyan dikejarkan ke hospital dan doktor maklumkan dia alami pendarahan dalam otak menyebabkan koma. Amri menyalahkan Fira kerana beria-ia mahu mengadakan parti itu.

Sementara itu, Luna bergelut dengan maut akibat komplikasi jantung dan hanya pemindahan jantung yang dapat menyelamatkannya. Doktor memujuk keluarga Riyyan supaya menderma jantung kepada Luna tetapi Fira dan Amri tidak bersetuju.

Hubungan Fira dan Amri terpisah apabila Amri mendapat tahu Fira mendermakan jantung arwah anak mereka Rayyan tanpa mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Malah Fira juga merahsiakan kepada siapa dia mendermakan jantung Riyyan.

Pada mulanya Fira tidak bersetuju, namun apabila melihat rayuan ibu Luna, akhirnya dia bersetuju untuk mendermakan jantung Riyyan. Luna selamat menjalani pemindahan jantung. Pertemuan Amri dengan Rizal telah membongkar rahsia selama ini. Rupanya Rizal ayah kepada Luna yang menerima jantung anaknya.

Amri mula menghubunyi Fira dan memberitahu bahawa ‘Riyyan’ masih hidup. Pada mulanya Fira merasakan yang Amri sudah gila. Amri menjelaskan yang dia sudah menemui keluarga Luna, malah dia sedar yang dengup jantung Riyyan kini berada dalam tubuh Luna. Sejak itu, hubungan Amri dan Fira kembali bertaut.

Sumber : klapbod.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now