7 Restoran Daging Salai Paling Sedap Di KL & Selangor Wajib Cuba

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
restoren daging salai sedap di kl selangor

Kalau anda peminat tegar daging salai, memang kita satu geng!

Bayangkan aroma asap daripada daging yang disalai perlahan-lahan, baunya cukup menggoda dan mampu membuatkan sesiapa sahaja terus terasa lapar. Haruman yang menyelerakan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan perut mula berkeroncong.

Tidak dapat dinafikan, daging salai sememangnya mempunyai peminat tersendiri di seluruh Malaysia. Hidangan ini sering menjadi pilihan kerana rasanya yang unik, berempah dan penuh dengan aroma asap yang memikat selera.

Namun persoalannya, di manakah lokasi untuk menikmati daging salai yang benar-benar sedap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor?

Anda berada di tempat yang betul! Ini merupakan beberapa lokasi restoreng terbaik yang boleh dianggap sebagai syurga buat penggemar daging salai.

Senarai Restoreng Daging Salai Paling Sedap Di KL Dan Sekitar Selangor

Orang-orang Lembah Klang terutamanya, nak tahu port mana yang menarik untuk nikmati hidang Daging Salai paling sedap, anda boleh tengok senarai 7 lokasi restoreng dibawah:

1. Molek Cafe KL

Molek Cafe KL

Bagi penggemar hidangan salai di sekitar Kuala Lumpur, Molek Cafe KL merupakan antara tempat yang boleh anda kunjungi. Kafe ini menyediakan pelbagai pilihan makanan salai yang menyelerakan seperti daging salai, itik salai, ayam salai serta ikan keli salai.

Selain hidangan salai, Molek Cafe KL turut menawarkan pelbagai menu berasaskan masakan Pantai Timur. Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah masak lemak cili padi, kari, masak singgang dan pelbagai lagi hidangan tradisional yang kaya dengan rasa.

  • Alamat : No. 27, Jalan Bachang, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • No tel : 018-3686857
  • Sosial Media : Facebook Molek Cafe KL

2. Teraso Salai

Satu lagi lokasi yang boleh anda singgah untuk menikmati hidangan salai ialah Teraso Salai. Kedai ini terkenal dengan menu yang padu serta rasa yang cukup menyelerakan sehingga membuatkan pelanggan datang kembali.

Di sini, anda boleh menikmati pelbagai pilihan seperti daging salai, itik salai, ayam salai dan juga ikan keli salai yang dimasak bersama kuah masak lemak cili api yang pekat dan berempah.

Menariknya lagi, tempat ini juga pernah dikunjungi oleh krew produksi serta barisan pelakon drama bersiri popular Nur. Ramai yang terliur melihat mereka menikmati hidangan daging salai di Teraso Salai kerana nampak begitu menyelerakan.

  • Alamat : Restoran Gerak 23 atau Lot 144 A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur
  • No Tel : 017-4153027
  • Sosial Media : Instagram Teraso Salai

3. Salai Salai

Restoren Salai Salai

Restoran Salai Salai turut menjadi antara tempat menarik untuk menikmati hidangan berasaskan makanan salai. Terdapat 2 cawangan iaitu di Petaling Jaya dan Sri Rampai.

Di sini, pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan seperti daging salai, itik salai, ayam salai, ikan keli salai dan juga ikan tilapia salai yang dimasak dengan kuah masak lemak cili api yang pekat dan menyelerakan.

Selain hidangan salai, restoran ini juga menyediakan beberapa pilihan menu lain termasuk makanan barat.

Walaupun terdapat pelbagai hidangan yang boleh dicuba, menu salai masak lemak cili api tetap menjadi tarikan utama di sini. Rasanya yang padu memang berbaloi untuk anda cuba sendiri.

Cawangan Petaling Jaya

  • Alamat : 1-G, Jalan PJS 5/28, Pusat Perdagangan PJS, Petaling Jaya 46150, Selangor
  • No Tel : 019-3151202

Cawangan Sri Rampai

4. Dapur Sabak Salai

Dapur Sabak Salai

Satu lagi restoran yang patut anda singgah terutamanya pada hujung minggu ialah Dapur Sabak Salai. Tempat ini terkenal dengan hidangan masak lemak cili api yang menggunakan resipi tradisi keluarga pemiliknya yang berasal dari Kundur Hulu, Rembau di Negeri Sembilan.

Keistimewaan resipi turun-temurun ini memberikan rasa yang lebih autentik dan padu pada setiap hidangan yang disediakan.

Jika anda teringin menikmati daging salai atau itik salai masak lemak cili api yang pekat dan menyelerakan, Dapur Sabak Salai merupakan antara lokasi yang boleh anda cuba.

  • Alamat : No 41, Jalan 7/7C, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
  • No Tel: 013-4812131
  • Sosial Media: Facebook Dapur Sabak Salai

5. Restoran Rebung Chef Ismail

Bagi yang pernah berkunjung ke Restoran Rebung Chef Ismail di Taman Botani, pasti tahu antara hidangan yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah daging salai masak lemak yang cukup menyelerakan.

Restoran ini dimiliki oleh Chef Ismail bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sejak tahun 2004 dan terkenal dengan pelbagai hidangan tradisional Melayu yang lazat. Pelanggan juga mempunyai banyak pilihan menu menarik untuk dicuba setiap kali berkunjung.

Restoren Salai Salai

Jika anda merancang untuk ke kawasan Taman Botani pada hujung minggu nanti, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan menu daging salai yang ditawarkan di restoran ini.

  • Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat, Bukit Aman 59000, Kuala Lumpur
  • No Tel : 03-22763535/2525
  • Sosial Media : Facebook Rebung Chef Ismail

6. Raja Salai Shah Alam

Bagi yang tinggal di sekitar Shah Alam dan tidak mahu pergi jauh semata-mata untuk mencari daging salai, anda boleh singgah sahaja ke restoran Raja Salai Shah Alam.

BACA JUGA : Senarai Lokasi Tapak Pasar Malam Shah Alam

Restoran ini terkenal dengan pelbagai hidangan salai yang menyelerakan dan mampu membuatkan pelanggan berpuas hati.

Antara menu yang boleh dicuba termasuk daging salai, itik salai, ayam salai serta ikan keli salai yang dimasak dengan kuah masak lemak cili api yang pekat dan padu rasanya.

  • Alamat : Kiosk A2, Shah Alam Walk, Jalan Masjid, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
  • No Tel: 013-6060050

7. Salai Master Damansara

Salai Master Damansara

Terakhirnya, jika anda merancang untuk berjalan-jalan di kawasan Damansara, jangan lepaskan peluang singgah makan tengah hari di Salai Master Damansara. Di sini, anda boleh menikmati hidangan daging salai masak lemak cili api yang padu dan menyelerakan.

Apa yang membuatkan restoran ini lebih menarik ialah suasananya yang meriah kerana pengunjung boleh menikmati makanan sambil mendengar persembahan muzik secara live.

Salai Master Damansara bukan sekadar tempat makan biasa kerana selain menawarkan pelbagai hidangan salai yang lazat, mereka juga menyediakan hiburan live band untuk memeriahkan pengalaman pelanggan. Memang satu kombinasi yang menarik antara makanan sedap dan hiburan santa.

Jadi bag anda yang sudah lama mengidam untuk menikmati daging salai atau pelbagai hidangan salai lain, bolehlah merancang untuk berkunjung ke restoran-restoran yang disenaraikan di atas.

Mana tahu hujung minggu atau hari bekerja sekali pun nanti boleh dijadikan peluang untuk mencuba sendiri keenakan menu salai yang ditawarkan di tempat-tempat tersebut.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now