Cara Redeem Treatspoints Maybank Secara Online

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
redeem treatspoints maybank secara online

Kad Kredit Maybank antara yang terbaik anda boleh gunakan. Ini kerana selain daripada tawaran cashbank atau pulangan wang tunai, kad ini juga ada Treatspoints Maybank. Jadi anda boleh kumpul points tersebut.

Apa yang boleh buat dengan treatspoints tersebut? Anda boleh tebus dan dapatkan pelbagai barangan tanpa perlu bayar pun. Pelbagai barangan anda boleh dapatkan seperti baucer, barangan rumah, barangan dapur dan banyak lagi yang mana anda boleh lihat dalam katalog Treatspoints Maybank.

BACA JUGA : Cara Tebus Air Miles Untuk Treatspoints Maybank

Tapi pastinya jumlah treatspoints yang diperlukan bergantung kepada jenis ganjaran yang ingin ditebus. Jika anda peroleh banyak mata ganjaran, boleh tebus barangan yang lebih mahal. Paling best, semuanya boleh buat secara online sahaja.

Jadi sekiranya anda sudah mempunyai jumlah Treatspoints Maybank yang cukup dan ingin buat redemption, anda boleh ikuti langkah dibawah cara redeem secara online.

Cara Redeem Treatspoints Maybank Secara Online

Cara paling mudah kalau nak redeem mata ganjaran ni, anda boleh guna laptop atau komputer sahaja. Kalau guna smartphone, display agak terhad.

1) Pergi ke laman web https://mytreats.maybank.com/my

treatspoints maybank

2) Kemudian disinilah anda boleh cari barang apa yang anda ingin redeem. Setiap barangan akan dipaparkan senarai harga (RM) dan juga jumlah points yang diperlukan untuk redeem.

tebus treatspoints maybank

3) Jika sudah pilih barang, anda akan dibawa kepada halaman barangan tersebut. Bahagian paling penting adalah pada ‘Flexi Calculator’ iaitu pada bahagian ‘Total Points’ dan ‘Preferred Points’.

Jika anda ingin tebus secara keseluruhan tanpa perlu tambah bayaran, anda boleh masukkan jumlah yang sama adap Total dan Preferred Points. Akan tetapi anda boleh pilih untuk redeem beberapa points sahaja, tetapi kena tambah duit.

Sekiranya sudah tetapkan points tersebut, boleh klik Redeem

redeem treatspoints maybank

4) Seterusnya klik Proceed To Redeem

tebus treatspoints

5) Anda perlu login akaun Maybank2u dan seterusnya lengkapkan alamat rumah untuk tujuan pos barang anda tersebut. Lakukan seperti biasa hingga selesai

redeem treatspoints

6) Order successful

berjaya tebus treatspoints maybank

Waktu Barang Sampai Ke Rumah

Waktu penghantaran akan mengambil masa 7 hari waktu kerja. Barangan yang anda tebus tersebut akan dihantar terus ke depan rumah anda. Oleh itu, pastikan alamat rumah yang diberikan tepat bagi memudahkan segala urusan.

Done redeem baucer Mcdonalds RM50 dengan nilai 31,000 points.

tebus baucer mcdonalds treatspoints maybank

Jadi anda dah pernah cuba tebus treatspoints maybank anda? Pernah tebus barangan apa? Kongsilah dengan kami.

.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now