Cara Transfer Duit Dari CoopBank Pertama Ke Akaun Bank Lain Guna Aplikasi HeloCBP

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
helocbp coopbank pertama

Pasti ada yang tertanya-tanya macam mana nak transfer duit daripada akaun CoopBank Pertama kepada akaun bank lain? Sebenarnya kini urusan tersebut menjadi lebih mudah iaitu menggunakan aplikasi HeloCBP.

Jika anda mencari panduan ini, pastinya anda sudah familiar dengan bank koperasi ini iaitu Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP).

Ianya bukanlah seperti bank komersial lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan sebagainya, tetapi ianya sebuah bank koperasi.

BACA JUGA : Maybank Memperkenalkan Aplikasi MAE Terbaru

Dengan status tersebut, pasti ada juga timbul persoalan, sebagai contoh adakah duit dividen yang diperoleh daripada syer boleh dibawa keluar dan masuk ke akaun lain? Jawapannya, boleh! Anda ikuti langkah dibawah

Cara Transfer Duit Dari CoopBank Menggunakan Aplikasi HeloCBP

Bank koperasi juga sekarang sudah ada perbankan online iaitu HeloCBP. Anda boleh menggunakan di https://www.helocbp.com.my/ atau aplikasi mobile. kini pelbagai urusan boleh dibuat tanpa perlu ke kaunter dimana-mana cawangan CoopBank Pertama di seluruh Malaysia termasuk transfer duit.

Jadi jika anda sudah mempunyai akaun saving seperti Akaun Simpanan-i Salam Ahliyya dan juga daftar akaun HeloCBP, anda boleh teruskan urusan transfer duit tersebut dengan mengikut langkah dibawah :

  1. Sign in akaun CoopBank Pertama anda di aplikasi HeloCBP seperti biasa
  2. Pada halaman utama, klik pada Fund Transfer
  3. Kemudian pilih DuitNow Transfer
  4. Pada bahagian Transfer To, pilih Account Number
  5. Transfer Type, klik pada Fund Transfer To Savings/Current
  6. Untuk bahagian Recipient Details, pilih bank anda (cth : Malayan Banking Berhad)
  7. Kemudian masukkan no. akaun bank
  8. Masukkan jumlah, MYR
  9. Letak Recipient Reference
  10. Transfer Mode > Immediate
  11. Kemudian klik Next
  12. Akhir sekali, tekan Approve
  13. Selesai

Duit tersebut akan masuk kedalam akaun bank anda secara instant (terus) dalam hari yang sama.

transfer duit online coopbank pertama

Untuk info, selain daripada transfer duit, HeloCBP juga menyediakan servis seperti bayaran bil, topup prepaid, bayaran menggunakan QR DuitNow, mohon pembiayaan, tambahan syer dan sebagainya.

Jadi selepas ini, tak perlu lagi anda bersusah payah untuk pergi ke cawangan CoopBank Pertama untuk berurusan, hanya menggunakan HeloCBP, semua urusan sudah boleh dilakukan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now