Cara Tonton Live Malaysia Di TV Bagi Kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 (Piala AFF)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
myanmar vs malaysia

Sekarang umum dah tahu baik RTM mahupun Astro tidak bawakan secara langsung perlawanan ASEAN Hyundai Cup 2026 termasuklah melibatkan pasukan Malaysia yang turut mengambil bahagian.

Ini kerana, Malaysia tidak mendapat hak penyiaran rasmi, jadi tiada tayangan di tv sepanjang kejohanan berlangsung. Disebabkan itulah, rata-rata peminat bola sepak tanah air sedikit kecewa tak dapat nak tengok Hari Malaya beraksi.

Akan tetapi, sebenarnya ada beberapa cara bagi anda yang ingin juga menonton kejohanan ini. Ianya adalah menerusi saluran tidak rasmi. Ikuti langkah dibawah cara untuk tonton live kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 khusus untuk tayangan di tv.

Cara Tonton Live Perlawanan Malaysia Di TV

Anda boleh ikuti langkah mudah dan cara ini sekiranya anda ingin menyaksikan perlawanan bola sepak secara live streaming bagi kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 di kaca tv terutamanya melibatkan pasukan Malaysia.

Cara ini, anda wajib ada Smart Tv atau Google Tv/Android Tv atau menggunakan Android Box seperti Mix Box, Mi Stick dan sebagainya. Kemudian perlu ada aplikasi Youtube dan juga mana-mana aplikasi VPN.

BACA JUGA : Guna Mi Stick Untuk Tukar TV Biasa Anda Kepada Google Tv

Ya, cara ini anda perlu menggunakan VPN untuk dapatkan kandungan daripada laman youtube tersebut. Boleh tengok cara seperti dibawah:

1. Download aplikasi VPN. Cadangan untuk Android Tv, anda boleh download Proton VPN yang tersedia di Play Store dalam tv anda. Ianya percuma.

2. Install seperti biasa sehingga selesai

3. Jika sudah, cari negara ‘Netherlands’ dan klik ‘Connect’. Dengan langkah tersebut, kini VPN sudah terpasang di tv anda. Terus keluar daripada aplikas tersebut dan kembali ke halaman Home.

proton vpn layan malaysia

4. Seterusnya masuk ke Youtube dan pergi ke akaun ASEAN United Fc. Disini akan dipaparkan pautan video bagi setiap perlawanan yang berlangsung. Anda boleh cari match melibatkan pasukan negara.

youtube asean united fc

5. Enjoy perlawanan

Peringatan! Sekiranya sudah selesai menonton video tersebut, sila padam atau disconnect VPN anda. Ianya melibatkan security device anda juga.

Sebenarnya, dengan menggunakan langkah yang sama, anda boleh guna juga di smartphone. Hanya perlu download VPN dan strim di Youtube.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan semua perlawanan melibatkan Harimau Malaya iaitu bermula pada 25 Jun iaitu pertemuan Myanmar vs Malaysia. Kemudian pada 28 Julai ini antara Malaysia vs Laos. Diikuti menentang Thailand pada 1 Ogos dan bertemu Filipina pada 8 Ogos depan.

Desclaimer : Segala sambungan yang dibuat adalah tanggungjawab sendiri. Pihak kami tidak terlibat dengan sebarang kejadian yang buruk berlaku

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now