Tahukah anda, sekarang anda tidak perlu lagi untuk buat panggilan atau pergi ke cawangan untuk tukar plan prepaid U Mobile. Anda kini boleh mohon atau buat pertukaran menggunakan aplikasi U Mobile sahaja.
U Mobile merupakan salah satu rangkaian telekomunikasi aka Telco yang ada dan paling popular di Malaysia. Menawarkan plan postpaid dan prepaid untuk setiap pengguna membuat pilihan mengikut kadar penggunaan.
Prepaid merupakan antara plan yang berbaloi untuk digunakan bagi setiap pengguna untuk penjimatan dan tidak menggunakan secara berlebihan. Cukup penggunaan data internet, buat panggilan telefon beberapa kali bersama SMS.
Kebiasaanya U Mobile akan memperbaharui plan prepaid beberapa kali setiap tahun. Jika anda rasakan plan terbaru tersebut tidak mengubah penggunaan harian anda, tak perlu tukar. Tapi jika ada perubahan yang mungkin lebih menguntungkan, anda boleh tukar plan prepaid U Mobile tersebut.
Jika sebelum-sebelum ini, sekiranya anda ingin membuat perubahan plan, anda perlu call pihak U Mobile dan mohon untuk tukar plan. Atau anda perlu pergi ke cawangan untuk membuat permohonan. Kini tidak lagi, anda boleh mohon tukar plan daripada aplikasi U Mobile sahaja.
Cara Mohon Tukar Plan Prepaid U Mobile Guna Aplikasi
Terlebih dahulu, anda perlu download aplikasi U Mobile dari Play Store atau App Store. Kemudian daftar akan dengan menggunakan no. telefon tersebut. Jika sudah ada barulah boleh mohon untuk tukar plan prepaid U Mobile.
Oktober 2026 U Mobile telah mengemaskini antara muka aplikasi tersebut kepada wajah yang baru. Lebih fresh dan mudah diakses.
1) Buka aplikasi U Mobile dan pada bahagian utama, klik tab My Plan.
2) Seterusnya akan dibawa kepada bahagian ‘Upgrade Plan’. Disini akan dipaparkan plan semasa anda dan juga plan baru yang anda ingin tukar. Untuk tukar plan prepaid U Mobile yang baru, klik pada bahagian Prepaid. Kemudian klik Free Upgrade

3) Klik Confirm untuk pengesahan upgrade atau tukar plan

Anda perlu tahu, baki kredit yang ada, akan dibawa ke plan baru. Pakej internet dan tempoh sah pelan dan pakej tersedia akan hangus.
4) Akan dipaparkan pertukaran berjaya dan akan menerima pengesahan menerusi SMS

5) Selesai
Kini pelan yang baru akan berkuatkuasa. Segala pelan lama tidak lagi boleh digunakan.
Selain itu, dari line prepaid juga anda boleh untuk tukar kepada line postpaid dengan menggunakan aplikasi U Mobile. Tak perlu perlu mohon secara manual di cawangan. Boleh buat sendiri je.
Pengalaman Tukar Plan U Mobile Dari 5G-Ready Prepaid Kepada ULTRA Prepaid
Pada awalnya admin menggunakan plan 5G-Ready Prepaid untuk pakej RM40 sebulan. Dengan plan ini anda akan diberikan 250GB Data & Hotspot, Speed 10Mbps, beserta Unlimited Calls.
Tapi disebabkan plan terbaru menerusi ULTRA Prepaid ini memberikan harga yang lebih murah dengan pakej yang sama, why not untuk tukar kan. Kini pakej 250GB Data & Hotspot, Unlimited Speed dan Unlimited Calls, hanya perlu bayar RM38 sahaja. RM2 lebih murah.
Jadi sekiranya anda rasakan plan baru lebih berbaloi, boleh turus buat tukaran hanya menggunakan aplikasi U Mobile sahaja.

















