Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 3 (Fleksibel)

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
keluarkan duit kwsp

Pernah tak terfikir nak keluarkan duit KWSP, tapi tak pasti macam mana caranya? Dulu, KWSP hanya benarkan pengeluaran untuk tujuan tertentu, tapi sekarang ada berita baik dimana Akaun 3 KWSP membolehkan anda akses sebahagian simpanan dengan lebih fleksibel!

Akaun 3 ni baru diperkenalkan untuk bantu ahli KWSP yang perlukan tunai segera tanpa perlu tunggu umur persaraan. Jadi, kalau tiba-tiba ada kecemasan atau nak guna duit untuk keperluan harian, anda boleh keluarkan duit KWSP dari Akaun 3 dengan lebih mudah. Tak perlu tunggu lama atau melalui proses yang rumit!

Tapi sebelum kita masuk cara keluarkan duit KWSP dari Akaun 3, jom faham dulu jenis-jenis akaun dalam KWSP supaya anda tak tersilap langkah.

3 Jenis Akaun KWSP

  1. Akaun 1 (Persaraan) – Simpanan untuk persaraan. Tak boleh dikeluarkan sebelum umur 55 tahun kecuali dalam keadaan tertentu.
  2. Akaun 2 (Sejahtera) – Boleh dikeluarkan untuk perkara penting seperti pendidikan, beli rumah, perubatan dan lain-lain.
  3. Akaun 3 (Fleksibel) – Simpanan fleksibel yang boleh dikeluarkan bila-bila masa, sesuai untuk kegunaan kecemasan atau keperluan segera.

Jadi, kalau nak akses duit KWSP dengan cepat, Akaun 3 adalah pilihan terbaik! Mari kita tengok cara keluarkan duit KWSP dengan mudah.

Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Akaun 3 (Fleksibel)

Pengeluaran ini anda boleh mohon secara online sahaja iaitu menerusi platform i-Akaun sama ada di portal di https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/ atau aplikasi mobile. Panduan ini menunjukkan cara untuk keluarkan duit KWSP menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun.

  1. Buka aplikasi dan login menggunakan ID dan password seperti biasa
  2. Pada halaman utama, pilih tab Pengeluaran pada bahagian bawah skrin
  3. Klik Keluarkan Simpanan Anda dan pilih Akaun Fleksibel
  4. Akan dipaparkan jumlah simpana yang ada dalam Akaun 3 (Fleksibel). Hanya duit ini sahaja yang boleh dibawa keluar. Klik Keluarkan Simpanan
  5. Kemudian masukkan jumlah yang ingin anda keluarkan dan klik Teruskan. ~minumum ialah RM50
  6. Pilih bank untuk anda masukkan duit KWSP tersebut. Klik pada butang Tambah Bank dan pilih akaun bank anda yang aktif
  7. Akhir sekali semak segala butiran yang anda masukkan. Jika sudah lengkap, klik Teruskan
  8. Untuk Perakuan Pengeluaran, klik Terima
  9. Pilih kaedah pengesahan
  10. Permohonan pengeluaran anda telah dihantar sekiranya semua maklumat sudah lengkap. Selesai!

Berapa Lama Permohonan Untuk Keluarkan Duit KWSP Diluluskan

Sekiranya pengeluaran diluluskan, jumlah bayaran dipohon akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam masa 7 hari bekerja. Jadi anda boleh semak dari semasa ke semasa untuk status terkini menerusi inbox apps i-Akaun anda

Untuk info lanjut, boleh rujuk portal KWSP berkaitan Pengeluaran Akaun Fleksibel

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 3 (Fleksibel)”

Comments are closed.