Berita baik untuk semua pelanggan Astro dimana saluran Berita RTM dan Sukan Plus akan mula ditawarkan di platform tersebut. Ini adalah termasuk NJOI dan Sooka bermula Khamis, 23 Julai 2026.
Bagi pelanggan Astro dan NJOI, kedua-dua saluran ini boleh diakses menerusi CH505 dan CH806 iaitu mulai jam 1.00 pagi. Untuk memastikan saluran baharu diterima secara automatik, biarkan dekoder berada dalam mod standby.
Manakala untuk platform Astro GO dan pengguna Sooka pula hanya perlu mencari logo Berita RTM serta Sukan Plus melalui bahagian TV Guide dalam aplikasi masing-masing. Anda strim di boleh laman web https://sooka.my/ atau muat turun aplikasi mobile.
Pada masa yang sama, siaran radio nasional Radio RTM juga dijangka kembali boleh didengari di platform Astro dan NJOI sekitar waktu yang sama.
Tonton Sukan Komanwel Di RTM Menerusi Platform Astro
Selain itu, keseluruhan liputan Sukan Komanwel 2026 di Glasgow akan disiarkan menerusi saluran TV Okey (Saluran 146) dan Sukan+ (Saluran 806) di semua platform Astro.
Penonton boleh mengikuti pelbagai kandungan termasuk siaran langsung, siaran ulangan, siaran tertunda serta sorotan harian sepanjang temasya berlangsung.
BACA JUGA : RTM dan Astro Teruskan Kerjasama Strategik Demi Kandungan Tempatan
Yang paling penting, tiada sebarang sekatan siaran akan dikenakan seperti yang berlaku ketika Piala Dunia FIFA sebelum ini. Ini bermakna pelanggan Astro dan pengguna MYTV akan menerima liputan serta kandungan yang sama sepanjang kejohanan tersebut.













1 thought on “Berita RTM dan Sukan Plus akan bersiaran di Astro mulai 23 Julai Ini”
Comments are closed.