Senarai Undian Piala Thomas & Piala Uber 2026

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
piala thomas piala uber malaysia

Berikut merupakan keputusan undian peringkat kumpulan bagi kejohanan Thomas dan Uber Cup 2026, dengan skuad badminton Malaysia untuk kedua-dua kejohanan ini dilihat berada dalam kumpulan yang agak seimbang.

Kejohanan berprestij ini dijadual berlangsung di Horsens, Denmark bermula 24 April hingga 3 Mei 2026. China tampil sebagai juara bertahan bagi kedua-dua kategori, iaitu Piala Thomas dan juga Piala Uber.

piala thomas piala uber 2026

Berdasarkan undian yang dibuat pada Rabu, 18 Mac 2026, pasukan lelaki Malaysia di bawah saingan Piala Thomas telah diundi ke dalam Kumpulan B. Mereka bakal berdepan saingan Jepun bersama England dan Finland.

BACA JUGA : Tayangan Siaran Langsung Piala Thomas & Piala Uber Di RTM Dan Astro

Skuad Jepun dijangka menjadi antara halangan utama buat pasukan negara, memandangkan mereka memiliki barisan pemain yang mantap serta seimbang dalam acara perseorangan lelaki dan juga beregu.

Pasukan Malaysia turut perlu berhati-hati dengan cabaran England yang menamatkan kejohanan Badminton Berpasukan Lelaki Eropah di tempat ketiga. Selain itu, England juga pastinya mempertaruhkan gandingan beregu lelaki utama mereka, Ben Lane dan Sean Vendy.

BACA JUGA : Senarai Jadual Dan Kalendar Badminton Sepanjang Tahun 2026

Bagi saingan Uber Cup pula, skuad wanita negara ditempatkan dalam Kumpulan B juga bersama Jepun, diikuti Turkiye dan Afrika Selatan.

Keputusan undian ini membuka peluang yang cukup baik buat skuad wanita negara untuk melangkah ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak edisi 2010. Akan tetapi mereka mesti meraih kemenangan penting ke atas Turkiye dan Afrika Selatan.

Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan untuk Piala Thomas dan Piala Uber akan mara ke peringkat suku akhir.

Undian Piala Thomas Dan Piala Uber 2026

Berikut merupakan keputusan lengkap undian bagi Pusingan Akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2026:

Piala Thomas

  • Kumpulan A: China, India, Kanada, Australia
  • Kumpulan B: Jepun, Malaysia, England, Finland
  • Kumpulan C: Taiwan, Denmark, Korea Selatan, Sweden
  • Kumpulan D: Indonesia, Perancis, Thailand, Algeria

Piala Uber

  • Kumpulan A: China, India, Denmark, Ukraine
  • Kumpulan B: Jepun, Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan
  • Kumpulan C: Taiwan, Indonesia, Kanada, Australia
  • Kumpulan D: Korea Selatan, Thailand, Bulgaria, Sepanyol

Sumber : BWF

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now