Tayangan Siaran Langsung Piala Thomas & Piala Uber di RTM Dan Astro

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
siaran langsung piala thomas dan piala uber

Kejohanan badminton berpasukan paling berprestij kini kembali lagi. Acara dwi-tahunan menerusi Piala Thomas dan Piala Uber kini akan menemui penonton terutamanya bagi peminat sukan badminton antarabangsa.

Piala Thomas atau Thomas Cup melibatkan acara berpasukan bagi kategori lelaki, manakala Piala Uber atau Uber Cup pula melibatkan acara untuk aksi berpasukan wanita. Tiada acara berpasukan campuran.

Kedua-dua kejohanan iaitu Thomas Cup dan Uber Cup untuk edisi 2026 akan berlaku serentak dan kali ini ianya akan berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei 2026 bertempat di Horsens, Denmark.

Aksi Pasukan Malaysia Dalam Kejohanan Piala Thomas Dan Piala Uber

Piala Thomas kini sudah memasuki edisi ke-34 dan kali ini sekali lagi 16 pasukan akan berentap bagi mengejar gelaran juara. Sama seperti Piala Uber yang kini memasuki edisi ke-31 dimana juga melibatkan 16 pasukan.

Pasukan Malaysia layak ke kejohanan ini atas tiket ranking yang lebih tinggi dan sekali gus dapat beraksi untuk kedua-duanya.

aksi piala thomas 2026

Untuk Thomas Cup, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Jepun, England dan Finland. Manakala untuk Uber Cup akan beraksi menentang Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan, juga dalam Kumpulan B.

Berikut merupakan undian peringkat kumpulan bagi kedua-dua kejohanan ini untuk edisi tahun 2026 :

Piala Thomas

  • Kumpulan A : China, India, Kanada, Australia
  • Kumpulan B : Jepun, Malaysia, England, Finland
  • Kumpulan C : Chinese Taipei, Denmark, Korea Selatan, Sweden
  • Kumpulan D : Indonesia, Perancis, Thailand, Algeria

Piala Uber

  • Kumpulan A : China, India, Denmark, Ukrain
  • Kumpulan B : Jepun, Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan
  • Kumpulan C : Chinese Taipei, Indonesia, Kanada, Australia
  • Kumpulan D : Korea Selatan, Thailand, Bulgaria, Sepanyol

Acara Piala Thomas hanya melibatkan kategori 3 perseorangan lelaki dan 2 beregu lelaki. Manakala untuk Piala Uber sama juga iaitu 3 perseorangan wanita dan 2 beregu wanita. Tiada kategori campuran.

Format pertandingan bermula di peringkat kumpulan secara round-robin satu pusingan. Hanya 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir yang dimainkan secara kalah mati.

Siaran Langsung Piala Thomas Dan Piala Uber

Jadi jangan lupa untuk saksikan kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan disiarkan secara langsung menerusi 2 saluran utama di Malaysia iaitu RTM dan Astro. Anda boleh pilih mengikut kesesuain.

Untuk saluran RTM, anda tonton secara langsung menerusi TV Okey di kaca tv. Selain itu, anda juga boleh strim secara online menggunakan platform digital https://rtmklik.rtm.gov.my/ menerusi 2 saluran utama yang disediakan secara percuma.

Manakala untuk tayangan di Astro, anda boleh saksikan menerusi 4 saluran yang disediakan iaitu di Astro Arena 801, Astro Arena 2 802, Astro Badminton 815 dan Astro Badminton 2 816. Live streaming juga tersedia di platform Sooka.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Tayangan Siaran Langsung Piala Thomas & Piala Uber di RTM Dan Astro”

Comments are closed.