Sekarang dah maju! Kini anda boleh menonton Astro tanpa perlu dekoder iaitu menerusi Astro X3. Jadi anda boleh layan semua kandungan Astro dengan hanya menggunakan sambungan internet sahaja.
Sebelum ini, jika anda ingin menonton Gegar Vaganza secara live di Astro Ria sebagai contoh, anda perlu langgan Astro dan dapat dekoder. Yang terbaru kini sama ada Ultra Box atau Ulti Box. Wajib ada, baru boleh tengok Astro.
Kini bermula tahun 2026 tanpa dekoder pun anda boleh tonton Astro iaitu menerusi Astro X3. Anda hanya perlu download aplikasi di smartphone atau smart tv anda dan login. Terus boleh layan Astro.

Jika anda menggunakan mobile seperti smartphone, tablet atau iPad, anda perlu ada aplikasi Astro Go. Anda boleh download secara percuma. Manakala untuk smart tv, anda perlu download aplikasi Astro.
Sekarang sama ada Android atau iOS, kesemua peranti sudah menyokong Astro Go. Akan tetapi untuk Smart TV, bukan semua mempunyai aplikasi Astro di store mereka. Jadi nak tahu Smart TV mana yang menyokong Astro X3 ini?
Senarai Smart TV Menyokong Astro X3 Menerusi Aplikasi Astro
Berikut merupakan Smart TV yang menyokong aplikasi Astro untuk sambungan Astro X3:
1) Semua TV Samsung dengan sistem operasi Tizen OS 4.0 dan keatas. Biasanya untuk model 2020 dan yang terbaru sudah menyokong aplikasi Astro. Sebagai contoh Samsung Mini LED M1EH 4K, Samsung Q70D, Samsung DU8000, Samsung S95D dan banyak lagi.
2) Semua LG TV dengan sistem operasi WebOS 4.0 dan keatas. Juga bermula dengan model 2020 dan yang terbaru. Antaranya siri LG Z2, LG C2, LG B2, lG G4 Oled, LG EVO AI dan lain-lain.
3) Semua Android TV atau Google TV dengan sistem operasi Android 8.0 dan keatas. Banyak jenama yang menggunakan Google TV seperti Sony Bravia, TCL, Sharp, MI TV, Toshiba, Prism+, Hisense dan sebagainya.
Setakat ini, hanya 3 OS yang menyokong aplikasi Astro di Smart TV iaitu Tizen Os daripada Samsung, WebOS daripada LG dan juga Google TV daripada pelbagai jenis jenama yang ada dipasaran sekarang.
Jadi untuk anda yang mungkin berhajat untuk langgan Astro tanpa dekoder menerusi Astro X3, anda semak terlebih dahulu adakah TV anda dirumah menyokong aplikasi Astro atau tidak.
Sumber : Astro Support
















