Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) untuk tahun 2026 secara rasmi telah melabuhkan tirai dan kita pun sudah ketahui senarai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan.
AIM25 buat julung kalinya telah berlangsung secara gilang-gemilang di luar Semenanjung Malaysia. Ini kerana ianya telah diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching Sarawak pada 26 September 2026 yang lalu.
Bukan itu sahaja, anugerah yang berprestij ini turut pertama kali ditayangkan menerusi saluran TV Sarawak atau TVS yang mana orang ramai boleh saksikan secara percuma pada hari tersebut.
Secara keseluruhan terdapat 31 kategori yang dipertandingkan dalam AIM25 kali ini termasuk Anugerah Dalam Talian dan Anugerah Sri Wirama. Kali ini nama-nama besar tepati ramalan merangkul anugerah dalam setiap kategori yang tersenarai.
Selain daripada penyampaian anugerah, malam Anugerah Industri Muzik 2026 turut dimeriahkan dengan persembahan artis. Antara yang terlibat seperti Hazama, Anggrek, Azeva, Aina Abdul, Stacy, Noraniza Idris dan ramai lagi.
Pasangan suami isteri romantik, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bersama Sheera Abang Mansor telah dipilih sebagai hos sepanjang malam anugerah tersebut berlangsung.
Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik ke-25 Tahun 2026 (AIM)
Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap kategori untuk AIM25
1. Artis Baru Terbaik : ALPHA, ‘Mona Lisa (Bang Bang)’
2. Vokal Lelaki Terbaik : Arddley Nicholas, ‘Sandiwara Cinta’
3. Vokal Wanita Terbaik : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ‘Kesuma’
4. Vokal Kumpulan Terbaik : Inteam, ‘Satukan Kami Di Syurga’
5. Kugiran Terbaik : Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Amir Masdi, ‘Mahkota’
6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik : Hael Husaini & Nadeera, ‘Peluk’
7. Video Muzik Terbaik : Hafiz Rashid, ‘Temberang’ (Mimifly)
8. Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama : ‘Aku Bukan Narsisis’, Hazama
9. Lagu Rock Terbaik : ‘Bila Sampai Waktu’, Faizal Tahir
10. Lagu Pop Terbaik : ‘P Ramlee Saloma’, ALPHA
11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik : ‘Tanya Tuhan’, Yonnyboii & Malique
12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik : ‘Temberang’, Mimifly
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : ‘O.R.B.I.T’, Aisha Retno
14. Lagu Cina Tempatan Terbaik : ‘(Love Yourself)’, Yise Loo
15. Lagu India Tempatan Terbaik : ‘Kadhal War’, Buggimaan ft Sri Vithya
16. Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik : ‘Cenderamaya’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
17. Lagu Nasyid Terbaik : ‘Fitnah Akhir Zaman’, Halim Ahmad
18. Lagu Etnik Terbaik : ‘Pelangi Pasti’, Marsha Milan
19. Lagu Perpaduan Terbaik : ‘Matahari Malaya’, Mc Syze & Noh Salleh
20. Lagu Tradisional Terbaik : ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
21. Lagu Borneo Terbaik : ‘Dayang Bintang’, Mawat
22. Album Terbaik : [RE.HAB], Aisha Retno
23. Lagu Terbaik : ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
24. Kulit Single/Album Terbaik : Aidil Saleh, Misompuru, Marsha Milan
25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu : Mimifly, ‘Nara’
26. Lagu Perayaan Terbaik : ‘Serumpun’, Mimifly
27. Rakaman Album Terbaik : Jaydi & Seatravel, [RE.HAB], Aisha Retno
28. Rakaman Lagu Terbaik : Koh Kok Boon, ‘Gasoline’, Akim & The Majistret
29. Anugerah Dalam Talian, Lagu Paling Tinggi Distrim : ‘Seni Berdamai Dengan Takdir’, Naim Daniel & Adnin Roslan
30. Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok : ‘Serumpun’, Mimifly
31. Anugerah Dalam Talian, Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama : ‘Meriah Lain Macam’, Hael Husaini & Nadeera
32. Anugerah Sri Wirama : Ella.

















