Setiap kali tibanya tanggal 16 September, rakyat Malaysia akan berhenti sejenak untuk mengenang sebuah detik bersejarah yang menyatukan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di bawah satu nama, Malaysia.
Tahun 2025 ini, genaplah 62 tahun usia Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Perjalanan ini bukanlah satu yang mudah. Ia penuh dengan cabaran, pengorbanan dan usaha berterusan demi memastikan negara ini kekal aman, stabil dan makmur.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Sempena Hari Kemerdekaan Tahun 2025
Hari Malaysia bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi ia melambangkan sebuah janji. Janji untuk terus mempertahankan kemerdekaan, janji untuk menghargai perpaduan, dan janji untuk memelihara warisan generasi terdahulu yang mengimpikan sebuah tanah air di mana rakyatnya hidup dengan damai walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.
Sambutan pada tahun ke-62 ini mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kesepaduan rakyatnya, bukan hanya pada pembangunan fizikal semata-mata.
Ucapan sempena Hari Malaysia boleh hadir dalam pelbagai bentuk, sam aada yang ringkas, ada yang panjang, ada juga yang puitis.
Yang penting, mesejnya tetap sama iaitu menzahirkan rasa syukur, kebanggaan, dan semangat cintakan tanah air.
Contoh-Contoh Ucapan Hari Malaysia 2025
Berikut disediakan beberapa contoh ucapan yang boleh dijadikan inspirasi untuk perkongsian di pelbagai majlis atau media sosial sempena Hari Malaysia yang ke-62 :
Marilah kita bersama-sama menghayati makna penyatuan ini dan terus menjaga keharmonian demi masa depan yang lebih cemerlang untuk tanah air tercinta. Selamat Hari Malaysia!
62 tahun lalu, Malaysia lahir daripada semangat kebersamaan dan perpaduan. Hari ini, kita raikan dengan penuh rasa bangga. Selamat Hari Malaysia 2025!
Selamat Hari Malaysia! Berbeza warna kulit, bahasa dan budaya, tapi kita tetap satu Malaysia. #HariMalaysia62
Malaysia itu kita,
kita itu Malaysia.
62 tahun bersama,
moga selamanya kekal bahagia.
Hari Malaysia ke-62 ini mengingatkan kita bahawa tanggungjawab menjaga negara bukan hanya di bahu pemimpin, tetapi juga setiap rakyat. Sama-sama kita jayakan Malaysia.
Selamat Hari Malaysia 2025. Kita bukan sekadar rakyat, kita adalah pewaris masa depan negara. Mari kita terus menjaga keharmonian yang ada.
Alhamdulillah, genap 62 tahun Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara berdaulat. Semoga kita semua terus bersyukur dengan nikmat keamanan ini.
Hari Malaysia adalah ruang untuk kita hargai jasa pejuang terdahulu. Mari kita jadikan ia inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh demi Malaysia yang lebih maju.
Selamat Hari Malaysia ke-62! Perbezaan bukan penghalang, malah itulah kekuatan kita. Bersama-sama kita bina Malaysia yang harmoni.
62 tahun adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang. Semoga Malaysia terus maju dan rakyatnya hidup dalam kesejahteraan.
Hari ini kita raikan Hari Malaysia ke-62. Bangga menjadi sebahagian daripada sebuah negara yang penuh warna, budaya dan cerita.
Hari ini kita memperingati Hari Malaysia ke-62. Marilah kita jadikan hari bersejarah ini sebagai pemangkin untuk terus menyumbang bakti kepada negara yang kita cintai.
Malaysia dibina bukan dalam sehari, tetapi hasil titik peluh generasi terdahulu. Hari ini, tanggungjawab kita adalah memastikan negara ini terus maju untuk anak cucu kita.
Selamat Hari Malaysia 2025. Kecil atau besar peranan kita, semuanya penting untuk tanah air.
62 tahun lalu kita bersatu,
hari ini kita terus maju,
esok dan selamanya,
Malaysia tetap di hatiku.
Pantun Hari Malaysia Ke-62
Di Sarawak adanya Reflesia,
Di Sabah pula terletaknya Sandakan,
Selamat Menyambut Hari Malaysia,
Kepada semua, kami ucapan.
Kembang Akasia berbunga merah,
Hinggap helang di dahan satu,
Hari Malaysia disambut meriah,
Rakyat berbilang, hidup bersatu.
Akar serabut melilit akasia,
Dahan satu menghala ke laman,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Rakyat bersatu, negara aman.
Pelbagai bangsa satu suara,
Bersatu hati teguh bersama,
Malaysia maju sentiasa bahagia,
Harmoni kita, kekal selamanya.
Berbeza kaum janganlah hairan,
Sama berjuang di perbatasan,
Warna kulit bukan ukuran,
Negara makmur menjadi wawasan.
Singgah di dahan si burung Belatuk
Dahan yang kuat lagi kukuh,
16 September, Malaysia dibentuk,
Berbilang bangsa, kekal utuh.
Sumber : olacuti.com
















