Gegar yang sebelum ini menggunakan nama THR Gegar merupakan antara stesen radio yang telah lama mewarnai industri penyiaran radio di Malaysia.
Stesen radio ini dimiliki serta diuruskan oleh Astro Radio dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2005.
BACA JUGA :
Apa yang membezakan Gegar dengan stesen radio lain ialah fokus siarannya yang lebih tertumpu kepada pendengar di negeri Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Meskipun ianya tertumpu di negeri Pantai Timur sahaja, radio THR Gegar beroperasi sepenuhnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain menampilkan lagu-lagu daripada penyanyi tempatan, Gegar turut menyajikan kandungan berunsurkan Islam sebagai sebahagian daripada pengisiannya.
Senarai Frekuensi THR Gegar
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, siaran THR Gegar hanya boleh diikuti di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Bagi mendengarkan stesen radio ini, anda hanya perlu menukar tetapan frekuensi radio kepada saluran berikut:
| Kawasan | Frekuensi THR Gegar |
|---|---|
| Kuantan | 88.8 FM |
| Kuala Terengganu | 106.8 FM |
| Kota Bharu | 88.1 FM |
| Saluran Astro | 863 |

Sekiranya pendengar dari luar Pantai Timur ingin mendengar radio THR Gegar, anda boleh strim secara online di https://syok.my/ secara percuma.











