Senarai Frekuensi Radio HITZ Terbaru Seluruh Malaysia

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
frekuensi radio hitz

HITZ atau sebelum ini dikenali sebagai Hitz.FM merupakan sebuah stesen radio nasional di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio, iaitu anak syarikat kepada Astro Holdings Berhad.

Nama asal stesen ini ialah Hitz.FM sebelum dijenamakan semula kepada Hitz FM pada tahun 2014 dan kini digelar sebagai HITZ. Selain siaran utama di seluruh negara, stesen ini turut mempunyai siaran wilayah khusus di Kota Kinabalu dan Kuching.

Sebagai antara jenama radio berbahasa Inggeris paling popular di Malaysia, HITZ terkenal dengan pelbagai lagu hit terkini serta akses eksklusif kepada artis dan selebriti antarabangsa.

BACA JUGA : Senarai Frekuensi Radio ERA Di Seluruh Malaysia

Dengan slogan “Malaysia’s #1 Hit Station”, stesen ini menemani pendengar setiap hari menerusi kandungan hiburan yang segar dan moden.

Melalui frekuensi radio hitz ini, pendengar boleh menikmati pelbagai pilihan muzik popular, hiburan semasa dan informasi terkini bermula seawal jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Kandungan yang disiarkan juga disusun mengikut cita rasa pendengar moden yang gemarkan muzik antarabangsa dan trend hiburan semasa.

Senarai Frekuensi Radio HITZ Terkini

Berikut merupakan senarai frekuensi radio Hitz fm rasmi yang digunakan oleh HITZ untuk siaran di seluruh Malaysia:

KawasanFrekuensi Radio Hitz
Lembah Klang92.9FM
Seremban95.0FM
Taiping93.6FM
Kuching95.3FM
Alor Setar92.8FM
Melaka93.0FM
Kuantan93.2FM
Kota Kinabalu100.8FM
Langkawi92.4FM
Johor Bahru97.6FM
Kuala Terengganu94.8FM
Ipoh92.7FM
Kota Bharu92.8FM
Sandakan99.8FM
Miri105.8FM
Sibu105.1FM
frekuensi radio hitz terkini

Selain mendengar melalui radio di lokasi masing-masing, peminat HITZ turut boleh menikmati siaran stesen ini secara online menerusi https://syok.my/ pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now