Saluran TV6 Umum Bakal Menamatkan Siaran Bermula 1 Julai Ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
tv6 rtm ditamatkan siaran

Saluran TV6, iaitu saluran televisyen berkonsepkan retro milik RTM akan menamatkan siarannya secara rasmi bermula 1 Julai 2026. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi mereka.

Saluran TV6 Untuk Tontonan Ramai

TV6 mula diperkenalkan melalui siaran percubaan pada 1 Mac 2021 sebelum memperluaskan waktu siarannya kepada 20 jam sehari pada tahun yang sama.

Berbeza dengan saluran RTM yang lain, TV6 memberi tumpuan kepada kandungan arkib dengan menampilkan pelbagai rancangan klasik daripada koleksi RTM, sekali gus mengimbau nostalgia penonton.

Sepanjang bersiaran, TV6 menayangkan semula pelbagai kandungan lama seperti drama, filem, kartun, dokumentari, rancangan hiburan dan program muzik yang pernah disiarkan dari era 1960-an hingga 2020-an.

Sebahagian daripada rancangan klasik tersebut masih boleh ditonton menerusi saluran RTM lain seperti TV1, TV2 dan TV Okey.

BACA JUGA : Saluran RTM Akan Terus Ditayangkan Di Platform Astro

Selain itu, saluran TV6 turut disiarkan dalam kualiti HD di platform MYTV menerusi saluran 113. Penonton juga boleh mengikuti siaran langsungnya melalui RTMKlik serta aplikasi MYTV Mana Mana.

saluran tv6 ditamatkan siaran

Setakat ini, RTM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai sebab penamatan operasi TV6.

Sumber : Facebook TV6 RTM

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now