Nak Buat Pasport Malaysia 10 Tahun? Buat Masa Ini Hanya Secara Walk-In

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pasport baru

Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan pasport Malaysia baharu yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang lebih canggih. Selain itu, pada masa sama, rakyat Malaysia kini boleh memilih perbaharui pasport dengan tempoh sah sehingga 10 tahun.

BACA JUGA : Pasport Malaysia Versi Baru Dengan 94 Ciri Keselamatan Diperkenalkan

Mulai 1 Julai 2026, pemohon boleh memilih sama ada mahu renew pasport selama 5 tahun atau 10 tahun. Namun, buat masa ini, untuk tempoh 10 tahun hanya boleh dimohon secara walk-in di pejabat imigresen.

10 tahun pasport kena walk-in

Menurut Jabatan Imigresen, permohonan pasport Malaysia baharu melalui platform MyOnline Pasport kini hanya dibuka untuk pilihan tempoh sah lima tahun sahaja.

Bagi mereka yang ingin memohon pasport dengan tempoh sah 10 tahun, permohonan perlu dibuat secara hadir terus di pejabat imigresen yang berhampiran.

Selain itu, anda juga dinasihatkan supaya merancang urusan lebih awal dan memastikan permohonan dibuat melalui saluran yang betul mengikut jenis pasport yang dipilih.

Pada masa sama, orang ramai juga perlu tahu dimana Jabatan Imigresen akan melaksanakan pengeluaran pasport baharu ini secara berperingkat. Ini bermakna, bukan semua pejabat imigresen akan terus mengeluarkan pasport versi baharu tersebut pada hari pertama.

Boleh rujuk seperti dalam gambar dan infografik dibawah :

Pelaksanaan ini dibahagikan kepada sembilan fasa dalam tempoh dua bulan. Selain itu, Jabatan Imigresen turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak tergesa-gesa memperbaharui pasport jika ia masih sah digunakan. Pasport sedia ada masih boleh digunakan sehingga enam bulan sebelum tarikh luput.

Bagi yang tertanya-tanya sama ada terdapat perbezaan antara pasport lima tahun dan sepuluh tahun selain tempoh sah serta harganya, jawapannya adalah tiada.

Kedua-dua versi mempunyai 94 ciri keselamatan yang sama, termasuk halaman maklumat diri daripada polikarbonat, ukiran laser dan elemen keselamatan tersembunyi.

pasport baru malaysia

Harga Renew Pasport Untuk Tempoh 10 Tahun

Menurut Kementerian Dalam Negeri, pasport dengan tempoh sah 10 tahun diperkenalkan bagi mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia merancang perjalanan mereka.

Dari segi harga, harga untuk perbaharui pasport untuk tempoh 10 tahun adalah RM350 bagi individu berumur 18 hingga 59 tahun. Sebagai perbandingan, pasport dengan tempoh sah lima tahun berharga RM200. Masih harga yang sama.

BACA JUGA : Senarai Harga Renew Pasport Malaysia Antarabangsa Terbaru

Walaupun harganya lebih mahal ketika permohonan dibuat, pasport 10 tahun sebenarnya lebih menjimatkan dalam jangka panjang. Ini kerana pemiliknya tidak perlu memperbaharui pasport sekerap pasport lima tahun, sekali gus boleh menjimatkan sekitar RM50.

Sumber : Facebook Imigresen Malaysia

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now