Siapa sangka kedai serbaneka pelbagai barangan sekarang pun dah ada yang buka sampai 24-jam. Ninso menjadi antara yang pertama di Malaysia yang mana anda boleh beli barang keperluan pada bila-bila masa sahaja.
Mungkin kita biasa dengar kedai serbaneka kecil seperti KK Mart dan 7-eleven yang buka 24-jam. Tetapi ianya berskala kecil jika dibandingkan dengan Ninso. Kedai lebih besar dan pastinya barangan lebih banyak pilihan.
Ninso ni pun antara jenama ‘kedai 2-ringgit’ pada awalnya. Disini sebahagian besar mereka menjual dengan harga yang sama. Sama seperti di Eco Shop, harga tetap iaitu RM2.60 bagi setiap barang. Tapi masih ada barangan terpilih dijual dengan harga sedikit mahal bergantung kepada kuantiti dan jenama.
Nak dapatkan barangan keperluan rumah, barangan bilik air, barangan kebersihan, perkakas dapur, hardware, alat tulis, keperluan peribadi dan sehinggalah kepada makanan dan minuman, semuanya ada di Ninso.

Secara asasnya, waktu operasi Ninso juga sama seperti kedai lain dimana dibuka setiap hari tanpa cuti dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Tapi kini ada cawangan yang dibuka selama 24-jam setiap hari.
Senarai Cawangan Ninso Beroperasi Selama 24-jam Sehari
Seperti yang diumumkan menerusi facebook Ninso, hanya 4 cawangan yang akan dibuka untuk 24-jam sehari bermula 1 Oktober 2026 iaitu :
- Ninso Gombak, Selangor
- Ninso Sungai Abong Muar, Johor
- Ninso Taman Bahagia Temerloh, Pahang
- Ninso Sungai Petani, Kedah
Jadi dengan waktu operasi yang terbaru ini, mereka yang berdekatan boleh membeli pada bila-bila masa sahaja. Boleh datang seawal pagi sebelum memulakan aktiviti harian atau pergi pada lewat malam bagi dapatkan barangan keperluan.

Ini mungkin langkah awal daripada Ninso untuk tahu sambutan daripada pembeli. Adakah bagus atau sebaliknya. Jika mendapat sambutang yang positif, mungkin akan banyak lagi cawangan lain yang akan beroperasi selama 24-jam.











