Tahukah anda sebenarnya bagi flight Air Asia ada seat atau kerusi yang tiada tingkap. Biasa orang sebut ‘window seat’ yang bermaksud kedudukan kerusi tersebut berada di sebelah tingkap flight. Tapi bagaimana sebenarnya ada kerusi yang tiada tingkap?
Bayangkan ada dah excited atau teruja nak bercuti. Dah beli tiket flight dan dah siap beli seat jenis ‘windows’ pula, tiba-tiba masa boarding dan masuk flight, tengok kerusi anda tersebut tiada tingkap rupanya. Ditambah pula anda akan flight selama 7-8 jam tanpa henti. Mungkin boleh badmood kan.
Jadi nak elak perkara tersebut, anda kena tahu kerusi mana yang tiada tingkap jika anda naik flight Air Asia. Kalau anda dah tahu, jadi kalau masa nak beli seat nanti, boleh avoid terus no. seat tersebut. Pilih yang lain yang lebih baik dan pastinya ada tingkap.
Seat Flight Air Asia Yang Tiada Tingkap
Untuk info sebenarnya seat flight Air Asia yang tiada tingkap hanya pada flight wide body iaitu Airbus A330-300 (Air Asia X) untuk perjalanan antarabangsa. Erti kata lain, kalau anda beli tiket flight dan dapat codename D7, kemungkinan besar anda akan terjumpa seat yang tiada tingkap tersebut.
BACA JUGA : Cara Isi Nama Beli Tiket Flight Air Asia
Kalau anda menggunakan flight Air Asia narrow bodies atau dengan codename AK, semua seat ada tingkap. Flight ini biasanya menggunakan untuk penerbangan yang singkat atau penerbangan domestik sahaja.
Tetapi sekiranya anda terbang ke Jepun seperti ke Haneda, Sapporo dan Osaka (KIX) atau ke Shanghai, China yang mana semuanya menggunakan Air Asia X atau flight D7. Jika nasib tidak baik, anda mungkin terkena untuk dapat seat di tempat tiada tingkap tersebut.
Jadi seat flight with no windows atau kerusi yang tiada tingkap tersebut adalah pada seat :
- 12A & 12K
- 14A & 14K

Keempat-empat seat ini berada di tepi bahagian tingkap, tetapi seat tersebut tiada tingkap. Jadi anda tidak boleh nikmati pemandangan sepanjang penerbangan. Nak layan in-flight entertainment (IFE) atau tv pun dah memang tiada. Jadi anda bawa la siap-siap movie ke game di smartphone untuk hilangkan bosan.
Jadi anda pernah ada pengalaman dapat seat yang tiada tingkap bila terbang dengan Air Asia sebelum ini? Kongsilah dengan kami. Jika belum pernah terjadi, anda boleh elakkan daripada pilih seat tersebut selepas ini.
Sumber : https://www.aerolopa.com/ak











