14 Jenama Jeans Paling Popular Di Jepun

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
jenama jeans jepun popular

Jepun bukan sahaja terkenal dengan teknologi dan budaya uniknya, malah turut diiktiraf sebagai antara pengeluar jeans terbaik di dunia. Kini mereka betul-betul berada dalam liga tersendiri.

Kualiti fabrik, teknik tenunan tradisional serta proses pencelupan indigo yang teliti menjadikan jeans buatan Jepun sentiasa mendapat tempat dalam kalangan peminat denim.

Banyak jenama dari negara itu berjaya membina reputasi antarabangsa kerana menghasilkan jeans yang terbaik, tahan lasak, selesa dipakai dan mempunyai nilai seni yang tinggi.

Jika anda bercadang untuk memiliki sehelai jeans premium, berikut ialah 14 jenama jeans paling popular di Jepun yang terkenal dengan sejarah, identiti dan keistimewaan masing-masing.

14 Jenama Jeans Paling Popular Di Jepun Anda Perlu Tahu

Jeans Jepun biasanya dijual pada harga yang lebih mahal dan memerlukan penjagaan rapi. Namun, kualiti, ketahanan, keselesaan serta rekaannya yang unik menjadikannya pilihan ramai peminat denim.

Berikut ialah senarai jenama jeans denim Jepun terbaik dengan title ‘Made In Japan by Japanese” yang patut anda ketahui.

1. Momotaro

momotaro

Momotaro ialah antara jenama jeans premium Jepun yang terkenal di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 2006 di Kojima, Okayama dimana jenama ini menghasilkan jeans selvedge buatan tangan menggunakan kapas Zimbabwe yang berkualiti tinggi. Momotaro juga dikenali dengan simbol dua jalur putih pada poket belakang.

2. Oni Denim

oni denim

Oni Denim berasal dari Okayama dan cukup terkenal dalam kalangan peminat denim kerana menghasilkan jeans selvedge yang unik. Fabriknya mempunyai tekstur kasar (slubby) dan dihasilkan dalam jumlah terhad. Identiti pengeluarnya juga dirahsiakan, menjadikan jenama ini lebih eksklusif.

3. Japan Blue Jeans

Japan Blue Jeans

Japan Blue Jeans diasaskan pada tahun 2010 di Kojima dan berkembang pesat sebagai jenama denim premium. Walaupun harga jeans selvedgenya agak tinggi, ia tetap menjadi pilihan ramai kerana menawarkan kualiti buatan Jepun dengan rekaan moden dan selesa dipakai setiap hari.

4. Blue Blue Japan

Blue Blue Japan

Blue Blue Japan mula dikenali sejak era 1990-an di Tokyo. Jenama ini terkenal dengan penggunaan pewarna indigo semula jadi yang menghasilkan warna unik pada setiap helaian pakaian.

Selain jeans, mereka turut menghasilkan pakaian berinspirasikan budaya tradisional Jepun.

5. Evisu

evisu

Evisu diasaskan di Osaka pada tahun 1991 dan menjadi antara jenama jeans Jepun paling berpengaruh di Asia. Logo “seagull” yang dilukis tangan pada poket belakang menjadi identiti utama jenama ini. Evisu menggabungkan fesyen premium dengan warisan denim Jepun.

6. Iron Heart

iron heart

Iron Heart diasaskan pada tahun 2003 dan beroperasi dari Portsmouth, England, namun mempunyai pengaruh besar dalam pasaran denim Jepun. Jenama ini terkenal dengan jeans berfabrik sangat tebal, tahan lasak dan sesuai untuk penunggang motosikal serta peminat denim berkualiti tinggi.

7. Samurai Jeans

Samurai Denim

Samurai Jeans diasaskan di Osaka pada tahun 1997 dan dikenali dengan rekaan yang diinspirasikan daripada budaya samurai Jepun. Setiap koleksi mempunyai perincian tersendiri seperti jahitan, butang dan fabrik eksklusif, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pengumpul denim.

8. Sugar Cane

sugar cane jeans

Sugar Cane telah bertapak di Jepun sejak dekad 1970-an dan terkenal dengan jeans berinspirasikan pakaian kerja klasik Amerika. Jenama ini turut menghasilkan fabrik unik yang menggabungkan kapas dengan serat tebu, sekali gus memberikan identiti tersendiri dalam dunia denim.

9. Studio D’Artisan

Studio D'Artisan

Studio D’Artisan ditubuhkan pada tahun 1979 di Osaka dan merupakan antara pelopor kebangkitan semula denim Jepun. Jenama ini terkenal dengan perhatian terhadap setiap perincian pembuatan, penggunaan fabrik berkualiti serta logo babi yang menjadi simbol ikoniknya.

10. Tanuki

Tanuki Jeans

Tanuki ialah jenama denim yang bermula di Okayama pada tahun 2016. Walaupun masih baharu, ia cepat mendapat perhatian kerana menghasilkan jeans selvedge berkualiti tinggi. Jahitan poket belakang yang unik menjadi identiti utama, selain penggunaan fabrik premium buatan Jepun.

11. Full Count

Full Count

Full Count mula diperkenalkan pada penghujung dekad 1980-an di Okayama. Jenama ini menggunakan 100% kapas Zimbabwe yang terkenal dengan kelembutan dan ketahanannya. Full Count memberi penekanan kepada keselesaan pemakai tanpa mengorbankan kualiti denim tradisional Jepun.

12. The Flat Head

The Flat Head

The Flat Head diasaskan pada tahun 1996 di Nagano dan terkenal dengan jeans yang menghasilkan kesan pudar (fading) yang cantik selepas digunakan. Selain itu, fabriknya tahan lasak dan dihasilkan menggunakan teknik pembuatan tradisional yang mengekalkan kualiti premium.

13. TCB

TCB Jeans

TCB atau Taking Care Business beroperasi di Kojima, pusat industri denim Jepun. Jenama ini terkenal dengan penghasilan jeans gaya retro Amerika yang digabungkan dengan kemahiran jahitan tangan Jepun. Setiap koleksi memberi penekanan kepada rekaan vintaj yang autentik.

14. Big John

Big John

Big John dianggap sebagai “bapa jeans Jepun” kerana menjadi antara syarikat terawal menghasilkan jeans tempatan di Okayama sejak dekad 1940-an. Jenama ini memainkan peranan penting dalam perkembangan industri denim “Made in Japan” dan terus dihormati sehingga hari ini.

Sumber : manofmany.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now