JDT Mendominasi. Ini Senarai Lengkap Pemenang Liga M Awards 2025/26 Bagi Setiap Kategori

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pemenang liga m awards 2025-2026

Liga M Awards bagi musim 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya dan pastinya peminat ingin ketahui pemain manakah yang bakal memenangi anugerah utama iaitu Pemain Paling Bernilai atau MVP.

Jika sebelumnya anugerah ini menggunakan nama Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) dan edisi kali ini, ianya dijenamakan semula dan dikenali sebagai Liga Malaysia (Liga M) Awards.

BACA JUGA : Senarai 12 Kelab Liga Super Bagi Saingan 2026-2027

Ianya merupakan sebuah acara bagi mengiktiraf dan menghargai setiap pencapaian yang disumbangkan warga bola sepak termasuk peminat, pasukan, pemain serta jurulatih sepanjang saingan Liga Malaysia berlangsung.

Senarai Pemenang Liga M Awards 2025/2026

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan bagi Liga M Awards 2025/2026:

Jurulatih Terbaik – Xisco Munoz (JDT)

Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)

Pertahanan Terbaik – Quentin Cheng (Selangor)

Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)

Penyerang Terbaik – Faisal Halim (Selangor)

Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)

Pemain Muda Terbaik – Haziq Kutty Abba (Penang)

Gol Terbaik Liga Malaysia 2025/26 – Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Safawi Rasid (KL City)

Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson da Silva (JDT)

Pasukan Terbaik – JDT

Anugerah Fair Play – Melaka

Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)

Fan XI – Haziq Nadzli, James Okwuosa, Eddy Israfilov, Rodney Celvin Akwensivie, Petrus Shitembi, Danial Amier Norhisham, Afiq Fazail, Oscar Arribas, Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva dan Ramadhan Saifullah Usman.

Daripada 13 kategori yang dipertandingkan dan dinilai oleh juri profesional, 7 daripadanya dimenangi oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini sekali gus menunjukkan dominasi pasukan tersebut masih diteruskan sehingga kini.

Afiq Fazail muncul sebagai Pemain Tengah Terbaik dan turut diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (Most Valued Player, MVP) untuk musim 2025/2026.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now