Ini Kadar Dividen Tabung Haji Dalam Tempoh 10 Tahun

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
dividen tabung haji 10 tahun

Ini senarai kadar dividen Tabung Haji dalam tempoh 10 tahun bermula 2015 hingga 2025

Kalau sebut pasal simpanan jangka panjang yang patuh syariah, ramai rakyat Malaysia pasti teringat kepada Tabung Haji.

Setiap tahun, antara perkara yang paling dinantikan oleh para pendeposit ialah pengumuman kadar dividen atau agihan keuntungan yang diberikan.

BACA JUGA : Kadar Dividen TH Tahun 2025 Diumum Sebanyak 3.50%

Ia bukan sekadar angka, tetapi menjadi penanda aras kepada prestasi kewangan dan kecekapan pengurusan dana tersebut.

Disebabkan itu, ramai juga yang suka melihat rekod prestasi dividen Tabung Haji untuk tempoh beberapa tahun sebagai rujukan sebelum membuat keputusan menambah simpanan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan senarai kadar dividen Tabung Haji dalam tempoh 10 tahun yang lalu untuk membantu anda membuat perbandingan dengan lebih jelas.

BACA JUGA : Senarai Kadar Dividen KWSP Dalam Tempoh 10 Tahun Hingga Terkini

Dengan melihat trend ini, anda boleh menilai sama ada pulangan yang diberikan konsisten, meningkat atau sebaliknya.

Maklumat ini juga sangat berguna bagi mereka yang sedang merancang kewangan jangka panjang, terutamanya bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

Jadi, jom kita lihat bagaimana prestasi dividen Tabung Haji sepanjang satu dekad ini dan apa yang boleh kita pelajari daripadanya.

Senarai Dan Kadar Dividen Tabung Haji Dalam Tempoh 10 Tahun (2015 – 2025)

Anda boleh dapatkan senarai kadar dividen TH bermula dari 2015 hingga 2025 iaitu yang terkini seperti dalam jadual dibawah :

TahunDividen
20155% + 3% Bonus
20164.25% + 1.50% Bonus
20174.25% + 1.75% Bonus
20181.25%
20193.05%
20203.10%
20213.10%
20223.10%
20233.10%
20243.25%
20253.50%

Melihat kepada senarai dividen TH dalam tempoh 10 tahun ini, jelas bahawa kadar agihan keuntungan kini lebih stabil walaupun tidak setinggi dahulu. Namun, kestabilan ini sebenarnya memberi jaminan yang lebih kukuh kepada pendeposit dalam jangka masa panjang.

Jika anda mencari tempat simpanan yang selamat, patuh syariah, dan konsisten, Tabung Haji masih relevan untuk dipertimbangkan. Walaupun pulangan tidak terlalu tinggi, nilai tambah dari segi keberkatan dan tujuan simpanan menjadikannya pilihan yang unik.

Akhir sekali, mungkin boleh tanya diri sendiri, adakah kita menyimpan hanya untuk pulangan semata-mata, atau juga untuk tujuan yang lebih besar seperti persediaan mengerjakan ibadah Haji? Jawapan itu mungkin akan ubah cara kita melihat dividen Tabung Haji selepas ini.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Ini Kadar Dividen Tabung Haji Dalam Tempoh 10 Tahun”

Comments are closed.