Tabung Haji Umum Dividen 3.50%, Tertinggi Dalam 8 Tahun

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
dividen tabung haji

Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan berakhir Disember 2025.

Pulangan bagi tahun 2025 ini menunjukkan peningkatan berbanding 3.25 peratus yang direkodkan pada 2024. Malah, kadar tersebut merupakan yang tertinggi dicapai sejak tahun 2018.

BACA JUGA : Senarai Kadar Dividen TH Bermula 2015 Hingga 2025

dividen tabung haji 2025 ialah 3.5 peratus

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, jumlah keseluruhan agihan keuntungan mencecah RM3.22 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit Tabung Haji.

Beliau menjelaskan lagi bahawa kadar agihan itu ditentukan selepas mengambil kira bayaran zakat sebanyak 2.577 peratus, bersamaan RM95.3 juta.

Dari sudut prestasi kewangan, TH mencatatkan pendapatan pelaburan berjumlah RM4.64 bilion sepanjang tahun 2025, meningkat sedikit berbanding RM4.56 bilion pada tahun sebelumnya.

Dividen Akan Mula Dikreditkan Pada Esok

Agihan keuntungan atau dividen akan mula dikreditkan dan boleh disemak bermula Khamis, 19 Mac 2026, pada jam 10.00 pagi.

BACA JUGA : Cara Semak Dividen TH Terkini

Pendeposit boleh membuat semakan melalui aplikasi THiJARI, hadir ke kaunter Tabung Haji, atau mendapatkan maklumat di bank-bank yang terlibat.

Sumber : Facebook TH

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Tabung Haji Umum Dividen 3.50%, Tertinggi Dalam 8 Tahun”

Comments are closed.