Senarai Dividen KWSP Hingga Yang Terkini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
dividen kwsp

Setiap awal tahun, ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti satu perkara penting iaitu pengumuman Dividen KWSP.

Ada yang terus buka aplikasi i-Akaun sebaik sahaja kadar diumumkan. Ada juga yang mula kira berapa jumlah simpanan mereka bertambah hasil dividen tahunan.

Bagi pencarum, kadar dividen yang diumumkan bukan sekadar angka. Ia memberi gambaran tentang prestasi pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta sejauh mana simpanan persaraan berkembang. Lagi tinggi kadar dividen terkini, lagi lega hati pencarum yang bergantung kepada simpanan ini untuk masa depan.

Kalau anda sedang mencari senarai dividen KWSP hingga yang terkini, disini dikongsikan rekod sejak beberapa tahun kebelakangan.

Senarai Dividen KWSP Mengikut Tahun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP (EPF) akan mengumumkan kadar dividen setiap tahun selepas menutup akaun kewangan tahunan mereka.

Berikut ialah sejarah DIVIDEN KWSP bagi akaun konvensional dan syariah sejak tahun 2016 hingga yang terkini:

TahunKonvensional (%)Shariah (%)
20165.70
20176.906.40
20186.155.90
20195.455.00
20205.204.90
20216.105.65
20225.354.75
20235.505.40
20246.306.30
20256.156.15
2026

Secara keseluruhan, KWSP kekal antara instrumen simpanan paling stabil untuk rakyat Malaysia. Walaupun kadar berubah setiap tahun, sejarah menunjukkan pulangan yang konsisten dan kompetitif.

Selain itu, ianya bukan sekadar dilihat daripada nilai pelaburan semata, tetapi ianya adalah simpanan persaraan untuk hari tua anda dimasa akan datang.

Sekarang cuba semak baki simpanan anda. Bayangkan berapa jumlahnya dalam 10 atau 20 tahun akan datang jika anda terus konsisten mencarum.

Simpanan hari ini ialah ketenangan hari esok.

Sumber : KWSP

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Senarai Dividen KWSP Hingga Yang Terkini”

Comments are closed.