Nama Ruhainies sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan kerana beliau kerap muncul di kaca televisyen menerusi pelbagai drama popular.
Pelakon wanita ini juga sering diberikan kepercayaan untuk membawa watak utama, khususnya sebagai heroin dalam pelbagai karya lakonan.
Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai latar belakang serta perjalanan seni Ruhainies yang sudah lama dikenali dan mendapat perhatian ramai dalam industri hiburan tanah air.
Biodata Ruhainies
- Nama Penuh : Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas
- Nama Panggilan : Ruhainies
- Tarikh Lahir : 27 Julai 1992
- Tempat Lahir : Kepala Batas, Pulau Pinang
- Menetap : Kuala Lumpur
- Umur : 34 (2026)
- Pekerjaan : Pelakon & Model
- Pendidikan : Bidang Pelancongan di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Keluarga Ruhainies
Ruhainies ialah anak ketiga dalam keluarga yang mempunyai lima orang adik-beradik. Pelakon ini juga merupakan adik kepada aktres terkenal, Risteena Munim.
Ayahnya dikenali sebagai Zainul Ilyas Zainul Abidin, sementara ibunya pula bernama Che Bunga Salleh.
Kerjaya & Profesional
Kerjaya seni Ruhainies sebagai pelakon bermula sebagai watak pembantu menerusi telefilem Sopeah Jin pada tahun 2015.
Daripada itu, beliau mula mendapat perhatian dan kemudian diberi tugasan sebagai watak utama drama Hello Mr. Perfect! sebagai watak utama. Drama yang disiarkan menerusi Slot Akasia TV3 itu turut menampilkan Fattah Amin sebagai pasangan gandingannya.
BACA JUGA : Biodata Fazura, Pelakon Jelitawan
Selepas kejayaan tersebut, Ruhainies semakin aktif memperluaskan karier dalam industri hiburan dengan terlibat dalam pelbagai cabang termasuk filem, telemovie, video muzik serta beberapa program televisyen lain.
Ruhainies pertama kali muncul di layar perak pada tahun 2021 menerusi filem romantik berunsur keagamaan, Seandainya Kau Ada.

Filem tersebut diarahkan oleh Chad Rahman dan Fadzil Teh, selain diadaptasikan daripada novel hasil penulisan Kamsiah Abu dengan skrip yang dihasilkan oleh Marr Mohamed. Dalam naskhah itu, Ruhainies membawakan karakter bernama Rozita.
Drama
| Tahun | Tajuk Drama |
|---|---|
| 2015 | Hello, Mr. Perfect! |
| 2015 | Si Montel |
| 2016 | Kifarah Mistik |
| 2016 | Menantu Ting TOng |
| 2016 | Bagaikan Kelip-Kelip |
| 2017 | Jejak Karmila |
| 2017 | Menantu Bilal |
| 2017 | Chor & Chah |
| 2017 | Kisah Dari Mekah |
| 2017 | Ketupat Rendang Brownies Coklat |
| 2018 | Tak Ada Cinta Sepertimu |
| 2019 | Cinta Lemon Madu |
| 2019 | 3 Gadis Manis |
| 2019 | Anugerah Cinta Aisyah |
| 2020 | Maaf Tak Indah |
| 2020 | Jangan Ambil Kerja Tuhan |
| 2020 | Lelaki Lingkungan Cinta |
| 2021 | Cukup Derita Itu |
| 2021 | Wifi Sebelah Rumah |
| 2021 | Kanvas |
| 2022 | Sayang Tak Dikenang |
| 2022 | Puteri Reunion |
| 2022 | Sorry Naik Lori |
| 2023 | Bintang |
| 2023 | Hikayat Pak Belalang |
Telefilem
| Tahun | Tajuk Telefilem |
|---|---|
| 2015 | Sopeah Jin |
| 2016 | Karlisa |
| 2016 | Hello, Mr. Perfect! Raya |
| 2016 | Pujaan Malaya |
| 2016 | Ayah Tak Pernah Kalah |
| 2016 | Bedah Motor |
| 2016 | Luna Elvira |
| 2016 | Cikgu Dina Pakai Prada |
| 2016 | Menanti Awan |
| 2016 | Jatuh Cinta Buta |
| 2017 | Katakan Tidak Pada Cinta |
| 2017 | Cik Misi |
| 2017 | Topeng |
| 2017 | Opps Terlajak Nikah |
| 2018 | Ratu Kebaya Masuk U |
| 2018 | Uniknya Cinta |
| 2018 | Matilahnak |
| 2019 | Salam Manis |
| 2020 | Ara |
| 2020 | Ustaz Rock |
| 2021 | Diva Dari Jakarta |
| 2021 | Rumah Di Hujung Jalan |
| 2021 | Legenda Puteri Felora |
Filem
| Tahun | Tajuk Filem |
|---|---|
| 2021 | Seandainya Kau Ada |
| 2022 | Roh 100 Hari |
| 2022 | Musyrik – Api Neraka Menantimua! |
Kejayaan & Pencapaian
Meskipun masih baru dalam industri hiburan, Ruhainies sudah berjaya tercalon dalam beberapa anugerah termasuk yang dimenanginya ketika awal penglibatan:
- 2016 : Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 – Menang kategori Antagonis Pilihan
- 2016 : Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 – Tercalon kategori Pasangan Pilihan
- 2016 : Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 – Tercalon kategori Artis Baharu Wanita Popular
- 2017 : Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 – Tercalon kategori Aktres Pilihan & Pasangan Pilihan
- 2021 : Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 – Tercalon kategori Gandingan Serasi Drama Popular & Watak Antagonis Popular
- 2021 : Anugerah Drama Sangat 2021 – Tercalon kategori Pelakon Antagonis Terbaik
- 2023 : Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 – Tercalon kategori Aktres TV Popular

Fakta Menarik Tentang Ruhainies
- Wajah Ruhainies sering dikaitkan dengan raut paras yang seakan-akan Nora Danish.
- Beliau mempunyai minat mendalam dalam bidang masakan dan gemar mencuba pelbagai menu di dapur. Antara hidangan yang pernah disediakannya termasuk ayam masak merah, sup sayur, udang kunyit, sotong masak kunyit, sotong goreng tepung serta nasi goreng.
- Ruhainies pernah berkongsi bahawa dirinya bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata, kecuali apabila menonton filem Hindustan yang menyentuh emosi.
- Antara sikap yang diakuinya sebagai kelemahan diri ialah mudah berubah mood, cepat terasa marah dan suka merajuk, namun keadaan itu biasanya tidak berpanjangan. Beliau juga kurang selesa dengan individu yang gemar bercakap kasar.
- Dari sudut personaliti lelaki pula, beliau tidak menyukai lelaki yang mengabaikan kebersihan diri atau berpakaian tidak terurus. Sikap curang terhadap pasangan juga merupakan perkara yang sangat dibencinya.
- Dalam soal perasaan, Ruhainies mengakui dirinya agak sukar melafazkan kata-kata romantik kepada insan tersayang dan lebih cenderung menunjukkan perasaan melalui tindakan atau petunjuk tertentu.

Kontroversi
Pada April 2016, Ruhainies pernah meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Janna Nick yang memuat naik sebuah video berserta kapsyen dipercayai menyindir dirinya di Instagram. Ruhainies menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak matang.
Beliau turut mengakui berasa kecewa apabila isu perselisihan antara mereka masih dipanjangkan, sedangkan sebelum itu beliau sudah pernah membuat kenyataan terbuka kepada media bahawa dirinya telah memaafkan pelakon berkenaan.
Nama Ruhainies sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dikaitkan dengan kontroversi khalwat berprofil tinggi bersama penyanyi Aliff Aziz seperti yang dilaporkan Awani pada tahun 2025.
BACA JUGA : Biodata Aisya Aziz, Kakak Kepada Aliff Aziz
Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Mac tahun lalu dan mendapat liputan meluas daripada media tempatan.

















