TV3 bawakan kembali telefilem Jodoh Wassap menerusi slot Wayang yang akan disiarkan pada 16 Oktober 2026, iaitu pada hari Jumaat pada pukul 1.00 tengah hari. Selain di kaca tv, anda juga boleh strim di Tonton secara online.
Pernah ditayangkan pada tahun 2019, telefilem ini diterbitkan oleh Ansar Creative Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khalid Nadzri dengan hasil nukilan skrip daripada Ziera Aziz.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 16 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Ziera Aziz
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Ansar Creative Media Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon popular yang membintangi telemovie ini seperti Kazar Saisi, Ardell Aryana, Elly Mazlein, Didie Alias, Nadzmi Adhwa, Badrul Muhayat, Farra Queen dan ramai lagi.
- Didie Alias sebagai Mak Echah
- Kazar Saisi sebagai Pak Ali
- Elly Mazlein sebagai Martina
- Ardell Aryana sebagai Angah
- Nadzmi Adhwa sebagai Along
Sinopsis Telefilem Jodoh Wassap
Telefilem Jodoh Wassap mengisahkan tentang Pak Ali yang mula berjinak-jinak dengan aplikasi Whatsapp selepas anaknya menghadiahkan telefon pintar bagi mengisi masa lapang sejak kematian isterinya, Bonda Mar.
Namun sejak selepas memiliki smartphone tersebut, Pak Ali banyak sertai group whatsapp rakan-rakan sekolah lama. Melalui group whatsapp Pak Ali telah berkenalan dengan Martina, gadis kacukan. Pak Ali mula mengambil berat tentang Martina.
Sumber : klapbod.com












