Berita baik untuk semua peminat bola sepak tanah air. Perlawanan separuh akhir Malaysia vs Vietnam untuk kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola.
Umum ketahui, orang ramai tidak dapat menyaksikan perlawanan-perlawanan terutamanya melibatkan pasukan negara secara langsung di kaca tv ketika di peringkat kumpulan sebelum ini.
Ini kerana, baik RTM mahupun Astro sendiri tidak tayangkan di kaca tv kerana tidak mempunyai hak tayangan. Jadi sepanjang tempoh tersebut, peminat bola sepak tempatan hanya menonton secara live streaming di youtube ASEAN United FC.
BACA JUGA : Cara Tonton Live Bagi Kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 (Piala AFF)
Malaysia berjaya melangkah kaki ke peringkat separuh akhir ASEAN Hyundai Cup 2026 selepas berjaya muncul pemenang tempat ke-2 dalam kumpulan B. Hanya tewas sekali dalam 4 perlawanan. Selebihnya, semua berjaya memperoleh 3 mata penuh.
Dengan keputusan tersebut, kumpulan B menyaksikan Malaysia bersama Thailand mara ke separuh akhir. Manakala untuk kumpulan A adalah terdiri daripada juara bertahan, Vietnam dan Singapura.
Untuk peringkat separuh akhir, perlawanan akan dijalankan secara timbal balik. Berikut merupakan jadual penuh melibatkan 4 pasukan beserta tarikh perlawanan :
- Singapura vs Thailand – 15 Ogos 2026 (Sabtu), jam 9.00 malam
- Malaysia vs Vietnam – 16 Ogos 2026 (Ahad), jam 9.00 malam
- Thailand vs Singapura – 18 Ogos 2026 (Selasa), jam 9.00 malam
- Vietnam vs Malaysia – 19 Ogos 2026 (Rabu), jam 9.00 malam
Tayangan Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam
Malaysia terlebih dahulu akan menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan Vietnam. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur yang terletak di Cheras. Menjadi home untuk Harimau Malaya sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Untuk kedua-dua perlawanan melibatkan Malaysia vs Vietnam ini akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) dan secara online di Astro Go. Boleh juga live streaming di Sooka.

Jadi selepas ini, anda tidak perlu lagi strim di saluran youtube seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini. Anda kini boleh menonton secara langsung di kaca tv.
Yang ada Astro, boleh tonton terus di Astro. Yang tiada Astro, boleh langgan aplikasi Sooka bagi menyaksikan perlawanan ini. Jadi yang tidak berkesempatan datang ke stadium, boleh tengok sahaja di rumah dan terus menyokong Harimau Malaya.











