Tayangan Siaran Langsung All England 2026 Di RTM Dan Astro

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
all england di rtm dan astro

All England tayang dekat mana tahun ini? Kena langgan saluran berbayar atau boleh tengok percuma? Soalan ini memang biasa, lebih-lebih lagi bila melibatkan kejohanan berprestij seperti All England 2026 yang sentiasa dinantikan peminat sukan tanah air.

Ramai yang nak tahu sama ada tahun ini, RTM akan menyiarkan perlawanan secara percuma, atau perlu ke langgan Astro untuk tontonan penuh dari awal hingga akhir kejohanan.

YONEX All England Open Badminton Championships 2026 akan berlangsung dari 3 hingga 8 Mac 2026 bertempat di Uitilita Arena Birmingham, England. Kejohanan edisi ke-116 dengan level Super 1000 bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD 1,450,000 atau sekitar RM5.7 Juta.

Saluran Bagi Tayangan Siaran Langsung All England 2026

Meskipun kejohanan berlangsung jauh di Utilita Arena Birmingham, penyokong badminton di Malaysia tetap berpeluang mengikuti kejohanan All England ini melalui siaran langsung yang boleh ditonton menerusi saluran yang telah disenaraikan di bawah:

1) RTM

2) Astro

  • Astro Arena 801 – Court 1
  • Astro Badminton 815 – Court 1
  • Live Streamind di https://sooka.my/

3) Youtube

Selain tontonan di tv, anda juga boleh strim secara online di laman youtube rasmi BWF secara percuma di https://www.youtube.com/@BWF/ – Court 2, 3, 4

Bagi kebanyakan peminat yang tidak dapat terbang ke Birmingham untuk merasai sendiri kemeriahan kejohanan bersama ribuan penyokong badminton dari seluruh dunia, masih ada beberapa alternatif yang boleh dipilih untuk mengikuti setiap perlawanan.

Antara cara paling mudah ialah dengan mendapatkan langganan Astro atau Sooka supaya anda tidak terlepas menyaksikan pertembungan hebat melibatkan pemain-pemain ternama dunia sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada Astro, anda tetap boleh menonton di saluran RTM di Sukan RTM atau secara penstriman langsung menerusi laman web RTM Klik yang mana menyediakan 2 saluran khas.

all england di rtm

Di samping itu, saluran YouTube BWF TV juga menyediakan siaran langsung perlawanan. Anda boleh strim bagi perlawanan di court 2, 3 dan 4 secara terus tanpa memerlukan sebarang VPN tambahan.

Pemain Malaysia Di Kejohanan BWF All England 2026

Untuk tahun 2026, menyaksikan penyertaan 16 wakil negara yang layak dan akan beraksi dalam kejohanan All England kali ini.

Mereka adalah terdir daripada seorang wakil perseorangan lelaki, 8 wakil beregu lelaki, 2 wakil beregu wanita dan 5 wakil beregu campuran. Tiada wakil menerusi perseorangan wanita.

pemain malaysia di all england

Jadi jangan terlepas untuk saksikan kejohanan BWF All England 2026 dari pusingan 32 bermula Selasa ini jam 6.00 petang untuk waktu Malaysia.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now