Tambang Percuma LRT3 Dilanjurkan Sehingga 14 Ogos Depan

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
tambang percuma lrt3 dilanjutkan

Rapid KL mengumumkan dimana tempoh tambang percuma bagi perkhidmatan LRT3 Shah Alam dilanjutkan sehingga 14 Ogos 2026. Langkah ini memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menggunakan laluan tersebut tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Kemudahan yang disediakan bukan sahaja melibatkan kesemua 20 stesen LRT3 Shah Alam, malah turut merangkumi 13 laluan Bas Perantara Shah Alam, kecuali perkhidmatan Rapid KL On-Demand. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati parkir percuma di enam lokasi Park N Ride yang disediakan.

BACA JUGA : Senarai Shopping Mall Dengan LRT Dan MRT

laluan stesen lrt3

Menurut Rapid KL, lanjutan tempoh ini bertujuan memberi ruang kepada orang ramai untuk lebih mengenali dan menyesuaikan diri dengan laluan baru yang menghubungkan kawasan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Pada masa yang sama, inisiatif berkenaan mampu mengurangkan perbelanjaan perjalanan harian pengguna. Ia juga diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan serta tahap keselesaan sistem pengangkutan awam di negara ini.

LRT3 Bermanfaat Untuk Pengguna Lembah Klang

Manfaat yang ditawarkan bukan sahaja dirasai oleh kira-kira dua juta pengguna di sekitar Lembah Klang, malah turut memberi kesan positif kepada aktiviti ekonomi setempat.

Pembangunan di sepanjang laluan dari Bandar Utama hingga ke Johan Setia dijangka membuka lebih banyak peluang kepada para peniaga di kawasan berhampiran stesen.

Untuk rekod, LRT3 Shah Alam mula beroperasi secara rasmi pada 29 Jun 2026. Laluan sepanjang 37.8 kilometer ini menelan kos pembinaan sekitar RM16.63 bilion serta mempunyai 20 stesen yang menghubungkan Bandar Utama di Damansara dengan Johan Setia di Klang.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now