Elakkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan pengangkutan awam. Ini senarai shopping mall dekat dengan MRT dan LRT.
Masalah jalan sesak sememangnya sukar dielakkan, terutamanya apabila berada di kawasan yang sibuk seperti Bukit Bintang dan lokasi tumpuan lain di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
Namun begitu, anda tidak perlu risau. Sebenarnya terdapat banyak pusat beli-belah atau shopping mall di sekitar Lembah Klang yang boleh dikunjungi dengan mudah menggunakan rangkaian pengangkutan awam seperti MRT atau LRT.
BACA JUGA : Senarai Lokasi Jalan Jalan Japan (JJJ) Berhampiran Anda
Bagi memudahkan perjalanan anda, kami telah menyenaraikan beberapa pusat beli-belah yang mempunyai akses terus atau berhampiran dengan stesen pengangkutan awam.
Ini Senarai Shopping Mall Dekat Dengan MRT/LRT
Nak pergi shopping mall, tapi malas nak hadap jem bila naik kereta? So why not naik public transport kan. Lagi jimat masa dan cepat sampai kan.
1) Tropicana Gardens Mall
Stesen berhampiran : Surian MRT

2) Pavilion Bukit Bintang
Stesen berhampiran : Bukit Bintang MRT
Selain daripada Pavilion, sebenarnya banyak lagi shopping mall anda boleh pergi daripada stesen MRT Bukit Bintang ini seperti Starhill Gallery, Fahrenheit 88, Lot 10, Low Yat Plaza dan Sungai Wang Plaza.

3) Mid Valley Megamall
Stesen berhampiran : Abdullah Hukum LRT
Selain daripada Mid Valley, jika anda turun daripada LRT Abdullah Hukum, anda juga boleh pergi ke The Gardens.

4) The Exchange TRX
Stesen berhampiran : Tun Razak Exchange MRT

5) EkoCheras Mall
Stesen berhampiran : Taman Mutiara MRT

6) Nu Sentral Mall
Stesen berhampiran : KL Sentral LRT

7) My Town Mall
Stesen berhampiran : Cochrane MRT

8) AEON Mall Taman Maluri
Stesen berhampiran : Maluri MRT

9) Amcorp Mall
Stesen berhampiran : Taman Jaya LRT

10) KL Gateway Mall
Stesen berhampiran : Universiti LRT

11) Suria KLCC
Stesen berhampiran : KLCC LRT
Selain itu juga, daripada stesen LRT KLCC ini juga, anda boleh pergi ke Avenue K dengan jarak walking distance.

12) Berjaya Times Square
Stesen berhampiran : IMBI Monorel

13) 1 Utama Shopping Centre
Stesen berhampiran : Bandar Utama MRT

14) The Curve
Stesen berhampiran : Mutiara Damansara MRT
Jika anda boleh sampai The Curve dengan berjalan kaki daripada stesen MRT Mutiara Damansara, ini bermakna anda juga boleh sampai ke IPC Shopping Centre dan IKEA Damansara.

15) The Linc KL
Stesen berhampiran : Ampang Park MRT

Kewujudan banyak shopping mall dekat dengan MRT dan LRT ini menjadikan aktiviti membeli-belah lebih mudah berbanding dahulu. Now dah tak perlu hadap jem atau kesesakan lalu lintas lagi.
Sama ada anda ingin ke Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, Nu Sentral, 1 Utama atau The Exchange TRX, semuanya boleh dikunjungi dengan menggunakan pengangkutan awam yang selesa dan efisien.











