Siaran Langsung Final All England 2026 – Chia/Soh Berentap Di Pusingan Akhir

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
final all england 2026

Final All England bakal mempertemukan 2 pemain yang berjaya mara sehingga ke peringkat akhir dan pastinya dengan masing-masing hadir dengan tujuan yang sama untuk bergelar juara.

Yonex All England Open Badminton Championships 2026 bakal melabuhkan tirai pada 8 Mac ini setelah berlangsung selama 5 hari bermula pda 3 Mac yang lepas. Kini sudah memasuki ke pusingan akhir.

Setiap pemain badminton yang berjaya mara ke final ini, pastinya antara yang terbaik apabila berjaya menumpaskan lawanya satu per satu bermula daripada pusingan 32.

5 kategori dengan 5 juara akan ditentukan pada Ahad ini. Pemain manakah akan ditabalkan sebagai juara All England 2026.

Aaron Chia/Soh Wooi Yik Wakil Tunggal Negara Dalam Final All England 2026

Daripada 5 kategori yang dipertandingkan, Malaysia berjaya mempunyai satu wakil yang akan berentap di final All England 2026 iaitu menerusi Aaron Chia/Soh Wooi Yik menerusi beregu lelaki.

Mereka berjaya mengenepikan lawan di pusingan semi final pada Sabtu lepas dengan straight set iaitu 21-11, 21-19 ketika bertemu wakil China, Chen Bo Yang/Liu Yi.

Gandingan pilihan ke-2 kejohanan tersebut hanya mengambil masa 42 minit sahaja sebelum berjaya mengesahkan ke pusingan akhir Terbuka England kali ini.

Mereka akan bertemu beregu no. 1 dunia dan juga pilihan utama kejohanan iaitu gandingan daripada Korea Selatan, Kim Won Ho/Seo Seung Jae.

Gandingan tersebut juga seperti tidak punya masalah di pusingan separuh akhir. Mereka berjaya menumpaskan lawan dari Indonesia, Raymon Indra/Nikolaus Joaquin dengan straight set, 21-19, 21-13.

Ini merupakan pertemuan kali ke-4 untuk kedua-dua gandingan ini. Setakat ini, statistik memihak kepada wakil Korea Selatan dengan 2 kemenangan berbanding 1 yan dimiliki oleh Chia/Soh.

Adakah Aaron Chia bersama Soh Wooi Yik mampu untuk mendapatkan kejuaraan sulung World Tour Seris untuk tahun 2026 ini nanti?

Siaran Langsung Final All England 2026

Untuk peminat badminton tanah air, pastinya tidak sabar untuk saksikan aksi final kali ini. Jadi bagi yang tidak berkesempatan untuk terbang ke England, anda boleh saksikan secara langsung di kaca tv.

Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 7.00 petang waktu Malaysia. Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 atau Astro Badminton 815. Juga tersedia secara live streaming di Sooka.

BACA JUGA : RTM & Astro Bawakan Siaran Langsung All England 2026

Selain itu, RTM juga turut membawakan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran Sukan RTM 111. Bukan itu sahaja, anda juga boleh strim secara percuma di https://rtmklik.rtm.gov.my/.

Jadual Perlawanan Final All England 2026

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan akhir kejohanan All England Open 2026 melibatkan kelima-lima kategori :

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Ye Hong Wei/Nicole G Chan (TPE)
Thom Gicquel [5]/Delphine Delrue (FRA)
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Laksya Sen (IND)
Lin Chun Yi (TPE)
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Liu Sheng Shu [1]/Tan Ning (CHN)
Baek Ha Na [4]/Lee So Hee (KOR)
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
An Se Young [1] (KOR)
Wang Zhi Yi [2] (CHN)
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Kim Won Ho [1]/Seo Seung Jae (KOR)
Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now