Senarai Harga Petrol Di Seluruh Negara Asia Tenggara (Terkini)

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
harga petrol asia tenggara

Sejak kebelakangan ini, isu harga petrol semakin hangat dibincangkan, terutamanya apabila konflik geopolitik di Asia Barat mula memberi kesan besar kepada bekalan minyak global.

Ramai rakyat Malaysia mula tertanya-tanya, adakah harga petrol di negara kita masih murah berbanding negara jiran di Asia Tenggara?

Hakikatnya, walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, harga petrol tetap dipengaruhi oleh pasaran global.

Apabila berlaku gangguan seperti konflik di Timur Tengah, rantaian bekalan minyak terganggu dan ini menyebabkan harga minyak mentah dunia meningkat dengan ketara.

Dalam artikel ini, kita akan tengok senarai harga petrol semasa di negara ASEAN seperti di Thailand, Indonesia, Filipina dan banyak lagi termasuk Malaysia.

Kenapa Harga Petrol Naik Bila Berlaku Konflik Asia Barat?

Salah satu faktor utama kenaikkan harga bahan api ialah gangguan di laluan penting seperti Selat Hormuz. Laluan ini sangat kritikal kerana sebahagian besar minyak dunia melalui kawasan ini. Bila berlaku konflik, penghantaran minyak jadi terhad dan risiko meningkat.

Menurut laporan semasa, hampir 20% bekalan minyak dunia melalui laluan ini dan gangguan boleh menyebabkan harga minyak melonjak secara mendadak.

Kesan Kepada Negara Asia Tenggara

Negara di Asia Tenggara sangat bergantung kepada import minyak dari Timur Tengah. Jadi bila bekalan terganggu:

  • Harga petrol naik
  • Bekalan mungkin terhad
  • Kos pengangkutan meningkat
  • Harga barang lain turut naik

BACA JUGA : Kuota BUDI95 Dikurangkan Kepada 200L Sebulan

Malah, ada negara yang terpaksa mengurangkan eksport bahan api atau menghadkan penggunaan untuk stabilkan situasi.

Senarai Harga Petrol Bagi Negara Asia Tenggara

Berikut adalah anggaran harga petrol terkini di negara Asia Tenggara berdasarkan harga pasaran setakat 26 Mac 2026 :

  1. Singapura (RM10.64)
  2. Myanmar (RM8.10)
  3. Kemboja (RM5.50)
  4. Thailand (RM5.00)
  5. Laos (RM4.41)
  6. Filipina (RM3.85)
  7. Vietnam (RM3.71)
  8. Indonesia (RM2.91 – RM2.93)
  9. Malaysia (RM1.99) RM3.87 untuk harga tanpa subsidi
  10. Brunei (RM1.64)
harga petrol selitar negara asia tenggara

Setakat ini harga bahan api di Asia Tenggara menunjukkan trend peningkatan ekoran ketegangan geopolitik di Asia Barat sejak 28 Februari 2026.

Sumber : BERNAMA

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now