Era FM terus dikenali sebagai antara stesen radio paling popular di Malaysia dan mempunyai kelompok pendengar yang luas daripada pelbagai lapisan umur.
Popularitinya yang kekal relevan menjadikan ramai pengguna internet mencari maklumat berkaitan frekuensi radio ERA bagi memudahkan mereka mengikuti siaran kegemaran setiap hari dimana-mana sahaja.
Stesen ini beroperasi di bawah Astro Radio Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kepada Astro All Asia Networks yang turut mengendalikan beberapa rangkaian radio terkenal lain seperti Raaga, Sinar FM, Gegar, Hitz dan Mix FM.
BACA JUGA : Frekuensi Sinar FM Seluruh Malaysia
Sejak mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 1998, Era FM berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai antara stesen radio Bahasa Melayu pilihan utama rakyat Malaysia.
Kejayaannya turut dipengaruhi oleh pendekatan siaran yang sentiasa mengikuti perubahan cita rasa pendengar dan perkembangan industri muzik semasa.
BACA JUGA : Senarai Penyampai Radio ERA Terkini Bagi Setiap Segmen
Selain menampilkan lagu-lagu tempatan berbahasa Melayu, stesen dengan slogan Muzik Hit Terkini ini juga menyajikan pelbagai genre muzik antarabangsa termasuk lagu popular dari Barat, Indonesia serta Korea Selatan bagi memenuhi kehendak pendengar moden.
Senarai Frekuensi Radio ERA Di Seluruh Malaysia
Pendengar di seluruh negara boleh menikmati siaran ERA FM dengan mudah melalui pelbagai frekuensi radio ERA yang disediakan mengikut kawasan di Malaysia seperti berikut :
| Kawasan | Frekuensi Radio ERA |
|---|---|
| Lembah Klang | 103.3FM |
| Terengganu | 102.8FM |
| Langkawi | 90.7FM |
| Ipoh | 103.7FM |
| Kuching | 96.1FM |
| Melaka | 90.3FM |
| Kota Kinabalu | 102.4FM |
| Pulau Pinang | 103.6FM |
| Miri | 101.3FM |
| Seremban | 103.6FM |
| Taiping | 95.2FM |
| Johor | 104.5FM |
| Kota Bharu | 103.3FM |
| Kuantan | 98.0FM |
| Temerloh | 103.3FM |
| Saluran Astro | CH856 |

Selain menggunakan radio di kawasan masing-masing, pendengar juga boleh mengikuti siaran stesen radio ERA ini secara online menerusi platform https://syok.my/ pada bila-bila masa.











