Terkini: Dividen KWSP 2025 Diumumkan Sebanyak 6.15% Bagi Simpanan Konvesional & Shariah

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
dividen kwsp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerjan (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% bagi tahun kewangan 2025, melibatkan kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.

BACA JUGA : Senarai Kadar Dividen KWSP Untuk Beberapa Tahun Sebelum Hingga Terkini

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, agihan dividen untuk Simpanan Konvensional direkodkan berjumlah RM67.1 bilion. Pada masa sama, Simpanan Shariah menerima pengagihan sebanyak RM12.5 bilion.

Secara keseluruhan, jumlah dividen yang diagihkan kepada semua pencarum bagi tahun 2025 mencecah RM79.6 bilion.

dividen kwsp 2025

KWSP turut memaklumkan bahawa ahli boleh menyemak penyata dividen masing-masing melalui platform i-Akaun, sama ada menerusi portal rasmi atau aplikasi mudah alih, bermula 28 Februari 2026 (Sabtu).

Bagi mendapatkan perincian lanjut berkaitan prestasi pelaburan serta pengumuman dividen KWSP 2025, orang ramai disaran merujuk laman web rasmi KWSP untuk maklumat yang lebih lengkap.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now