Senarai ATM CIMB Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2026

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
duit raya atm cimb

CIMB sekali lagi tampil dengan inisiatif Raya ATM yang membolehkan orang ramai mendapatkan ‘duit raya’ melalui pengeluaran di mesin ATM khas yang ditempatkan di beberapa lokasi terpilih.

Apabila bercakap tentang duit raya, kebiasaannya ia merujuk kepada wang kertas baharu atau wang yang masih dalam keadaan sangat elok. Walaupun nilainya sama seperti wang biasa, keadaannya yang masih cantik serta ‘bau wang kertas’ yang segar menjadikannya lebih sesuai untuk diberikan sempena perayaan.

BACA JUGA :

Tradisi memberi duit raya pada Hari Raya Aidilfitri sudah lama menjadi amalan dalam masyarakat. Ia biasanya diberikan kepada kanak-kanak sebagai tanda penghargaan kerana datang berkunjung dan memeriahkan suasana rumah terbuka.

Selepas menikmati pelbagai hidangan raya seperti kuih-muih, ketupat, rendang dan aneka juadah lain, jangan lupa untuk menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang beraya ke rumah sebagai tanda kasih sayang dan kegembiraan menyambut Syawal.

Senarai Lokasi ATM CIMB Terpilih Untuk Tukar Duit Raya

Anda boleh dapatkan ‘new notes’ RM10 di mesin ATM CIMB yang terpilih seperti dibawah bermula dari 12 hingga 19 Mac 2026

atm cimb duit raya

Sumber : CIMB

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now