Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, antara perkara paling penting yang ramai akan uruskan ialah tukar duit raya.
Permintaan untuk wang kertas kecil seperti RM1, RM5 dan RM10 memang tinggi kerana ia sesuai dimasukkan ke dalam sampul raya untuk diberikan kepada kanak-kanak dan tetamu.
Disini dikongsikan cara tukar duit raya di bank mengikut urutan langkah yang betul supaya urusan anda lebih lancar dan tidak membuang masa.
Bila Waktu Sesuai Tukar Duit Raya Di Bank?
Kebiasaannya, untuk tukar duit raya bermula 1 hingga 2 minggu sebelum raya. Pada waktu ini, bank-bank utama seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, Affin Bank dan Bank Rakyat akan mula menyediakan perkhidmatan penukaran wang kertas kecil.
Penukaran boleh dibuat melalui:
- Mesin ATM terpilih
- Kaunter bank
Bagi duit raya RM10, kebanyakan bank menyediakan mesin ATM khas di cawangan utama untuk pengeluaran wang kertas tersebut. Jadi, anda tidak semestinya perlu beratur panjang di kaunter jika mesin khas disediakan.
Tip penting: Jangan tunggu saat akhir kerana stok wang kertas kecil selalunya cepat habis.
Langkah-Langkah Tukar Duit Raya RM1 & RM5 Di Bank
Berikut ialah panduan lengkap cara tukar duit raya di bank supaya urusan anda berjalan dengan lebih mudah.
1. Pilih Bank Yang Menawarkan Penukaran Wang Kertas Kecil
Langkah pertama ialah memastikan bank yang anda pergi memang menyediakan perkhidmatan penukaran wang kertas kecil.
Tidak semua cawangan bank menyediakan wang kertas RM1 dan RM5 dalam kuantiti banyak. Ada cawangan tertentu sahaja yang menawarkan perkhidmatan ini, terutamanya cawangan utama.
Sebaiknya, semak laman web rasmi bank atau hubungi cawangan terlebih dahulu untuk ketahui adakah mereka sudah menyediakan perkhidmatan tukar duit raya ini.
2. Sediakan Jumlah Wang Tunai Yang Ingin Ditukarkan
Sebelum ke bank, tentukan jumlah yang anda mahu tukar. Sebagai contoh :
- RM100 dalam bentuk 100 keping RM1
- RM200 dalam bentuk 40 keping RM5
Pastikan cash atau wang tunai yang dibawa berada dalam keadaan baik, tidak terlalu lusuh atau koyak. Ini penting kerana pihak bank berhak menolak wang yang rosak teruk.
Bukan itu sahaja, merancang awal jumlah yang diperlukan juga membantu anda mengawal bajet raya.
3. Isi Borang Pertukaran Wang Kertas
Setibanya di bank, mungkin ada bank yang perlukan anda untuk mengisi borang untuk pertukaran wang kertas. Atau mungkin tiada.

Sekiranya ada, dalam borang tersebut, anda perlu nyatakan jumlah keseluruhan wang dan pecahan wang yang diinginkan. Sebagai contoh, RM100 untuk 100 keping RM1.
Isi borang dengan jelas dan tepat supaya pegawai bank dapat memproses permintaan anda dengan cepat.
4. Ambil Nombor Giliran Kaunter Tunai
Selepas mengisi borang, ambil nombor giliran untuk kaunter tunai, bukan kaunter pertanyaan. Tunggu sehingga nombor anda dipanggil. Pegawai bank akan menyemak permintaan dan memeriksa ketersediaan stok wang kertas kecil.
Jika stok RM1 tidak mencukupi, anda mungkin akan ditawarkan alternatif seperti lebih banyak RM5. Jadi, bersedialah dengan pilihan kedua sekiranya berlaku kekurangan stok.
Tips Penting Supaya Mudah Tukar Duit Raya
Untuk memastikan urusan tukar duit raya berjalan lancar, ikut beberapa tip ini:
- Datang awal pagi untuk elakkan barisan panjang
- Elakkan datang pada waktu puncak seperti hujung minggu
- Tukar lebih awal sebelum minggu terakhir Ramadan
- Gunakan mesin ATM khas jika tersedia
Semakin hampir dengan raya, semakin tinggi permintaan dan semakin cepat stok habis.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, cara tukar duit raya di bank sebenarnya tidaklah rumit jika anda tahu langkah yang betul.
Mulakan dengan memilih bank yang menawarkan wang kertas kecil, sediakan jumlah wang yang ingin ditukar, isi borang dengan tepat dan ambil nombor giliran kaunter tunai.
Rancang awal dan jangan tunggu saat akhir. Dengan persediaan yang betul, urusan penukaran duit raya RM1, RM5 dan RM10 pasti lebih mudah dan cepat.
Semoga panduan ini membantu anda membuat persiapan raya dengan lebih teratur dan tenang. Selamat membuat persiapan Hari Raya!











