MYTV mengesahkan bahawa saluran Enjoy TV5 telah menamatkan siarannya di platform tersebut berkuat kuasa hari Khamis, 20 Ogos 2026.
BACA JUGA : Saluran TV6 Umum Bakal Menamatkan Siaran Bermula 1 Julai Ini
Makluman itu dibuat menerusi notis rasmi yang dikeluarkan oleh MYTV Broadcasting. Berdasarkan notis berkenaan, Enjoy TV yang sebelum ini boleh ditonton menerusi Saluran 105 sudah tidak lagi tersedia kepada penonton MYTV mulai tarikh tersebut.
Setakat ini, pihak MYTV tidak mendedahkan sebab sebenar di sebalik penghentian siaran Enjoy TV5 daripada platform berkenaan.
Kandungan Enjoy TV5 Di MYTV
Sebelum ini, Enjoy TV5 menawarkan pelbagai pilihan program dan filem tempatan serta kandungan hiburan dari beberapa negara, termasuk Hollywood, Hong Kong, Singapura, Jepun, Korea Selatan, China dan Taiwan.
Saluran berkenaan memulakan siaran percubaannya pada 10 Mei 2025 sebelum bersiaran secara rasmi 24 jam sehari menerusi platform MYTV.
Sehubungan dengan itu, pengguna MYTV kini tidak lagi dapat menonton Enjoy TV5 menerusi Saluran 105.
Sementara itu, MYTV telah menambah sebuah saluran baharu yang dikenali sebagai Siara TV (CH200) sejak awal Ogos.
Sumber : MYTV Broadcasting












