Resepi Dan Cara Buat Donut Gebu

By Mein Amorim

Updated On:

Follow Us
cara buat donut lembut gebu

Bagi anda yang mencari resepi donut gebu, anda boleh ikuti perkongsian dibawah. Cara buat donut ini dikongsikan oleh Zurina Kifli di facebook beliau bagi menghasilkan Donut yang lembut dan gebu macam span.

BACA JUGA : Resepi Dan Cara Buat Tepung Pelita

Resepi Buat Donut Yang Lembut Dan Gebu

Berikut merupakan langkah-langkah dan cara buar Donut :

Bahan Perapan Yis

  • 1 1/2 cawan air suam – isikan dalam gelas besar atau mangkuk bagi mengelakkan yis melimpah ketika berbuih
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu makan yis Mauripan atau Saf
  • 1atau 2 biji kuning telur gred A yg dibuang pusat. Kacau terlebih dahulu (rahsia lembut gebu)

Bahan-Bahan Buat Donut

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 sudu makan shortening
  • 2 sudu makan marjerin (Kalau tak ada Shortening boleh letak 3 sudu makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
  • 2-3 sudu makan susu tepung Nespray
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sd teh Bread Softener atau sebarang pelembut roti yg ada
  • Sedikit air jika perlu

Cara Masa Donut

1. Satukan air suam dan gula,kacau hingga gula larut

2. Masukkan yis dan kacau sekejap. Biarkan 15 minit atau hingga berbuih

3. Bila yis sudah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Ketepikan

4. Satukan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Gaul rata.

5. Tuang perapan yis yang sudah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. (Kalau doh rasa ok, tak perlu tambah air lagi. Doh mesti lembut dan sedikit melekit).

6. Terus uli dengan cara tarik tolak doh (seperti memberus baju) hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. (Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas sekali sekala dan picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit).

7. Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Pada masa ini doh sudah tak melekat pada tangan.

8. Tutup bekas doh dengan penutup@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.

9. Apabila doh dah cantik kembang, tekan @ tumbuk perlahan-lahan untuk buang angin dan bolehlah dibentuk atau direrap guna acuan donat. (Sentiasa lumur tepung pada tangan supaya doh tak melekat.)

10. Dah siap bentuk, rehatkan doh lebih kurang 30 minit bergantung suhu ruang. (Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar. Jangan rehat doh sampai terlebih kembang kerana nanti donat akan mengecut, lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.)

11. Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak dan salut gula.

Gula Salut Donut

Bahan-Bahan Gula Salut Donut

  • 1/2 cawan snow Powder atau dusting powder
  • Sedikit gula kastor

Cara Salut Donat

  1. Satukan kedua-dua gula dan kacau rata.
  2. Letak donat yang telah digoreng dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik

Sumber : Zarina Kifli

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment