Piala ASEAN FIFA : Boleh Saksikan Siaran Langsung Malaysia vs Bangladesh Di RTM Saluran Sukan+

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
siaran langsung malaysia vs bangladesh

Berita baik untuk semua peminat bola sepak tanah air dimana perlawanan Malaysia vs Bangladesh dalam kejohanan Piala ASEAN FIFA 2026 akan ditayangkan secara langsung di kaca tv anda.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Gelora Bung Karno pada 25 September 2026, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada jam 5.00 petang ini boleh disaksikan menerusi saluran RTM di Sukan+ (MYTV CH111 & Astro 806).

Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin menonton secara online, anda juga boleh layan live streaming di platform RTM KLIK secara percuma. Anda boleh strim menerusi laman web https://rtmklik.rtm.gov.my/ atau aplikasi mobile.

Anda tidak perlu lagi untuk mencari atau menonton daripada link atau pautan ‘haram’ yang lain. Dengan RTM menjadi penyiar eksklusif, ini bermakna kesemua perlawanan melibatkan Harimau Malaya sepanjang kejohanan akan disiarkan secara langsung di tv.

Piala ASEAN FIFA 2026 Buat Julung Kalinya Diadakan

Piala ASEAN FIFA 2026 merupakan kejohanan sulung dan buat pertama kali diadakan. Yang mana melibatkan pasukan-pasukan bola sepak Asia Tenggara termasuk dengan pasukan jemputan.

Berbeza dengan Piala AFF atau Piala ASEAN HYUNDAI dimana kejohanan ini berlangsung mengikut kalendar FIFA yang diiktiraf. Jadi ada mata yang ditawarkan, sekali gus mampu untuk memperbaiki ranking FIFA.

Terdapat 2 divisyen yang terlibat iaitu Divisyen 1 dan Divisyen 2 dimana ianya dibezakan mengikut rangking pasukan. Divisyen 2 melibatkan 6 pasukan dan Divisyen 1 melibatkan 8 pasukan termasuk Malaysia yang mana masing-masing diundi dalam 2 kumpulan.

piala asean fifa

Untuk edisi pertama ini, untuk Divisyen 1 ianya akan dimainkan di Indonesia yang juga selaku tuan rumah. Jakarta dan Bandung menjadi medan bagi merebut gelaran juara. Manakala untuk Divisyen 2 berlangsung di Hong Kong.

Skuad Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Bangladesh, pasukan tuan rumah, Indonesia dan Singapura.

Di peringkat kumpulan akan berlangsung 3 perlawanan bagi setiap pasukan untuk Divisyen 1 dan 2 perlawanan untuk Divisyen 2. Juara bagi setiap pasukan akan bertemu di final bagi merebut takhta kejuaraan. Naib juara akan bersaing merebut tempat ke-3.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe pastinya dahagakan trofi kejuaraan dan ini pastinya medan terbaik untuk menebus segala kekurangan yang telah berlaku dan ditambah pula dengan kehadiran 3 player naturalisasi yang baru.

Semoga berjaya Harimau Malaya!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now