Pasport Sah Laku Lebih 10 Tahun Tidak Lagi Dikeluarkan Buat Masa Ini

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pasport sah laku 10 tahun

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil keputusan untuk menghentikan buat sementara waktu pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JIM langkah tersebut dibuat selepas terdapat pemegang pasport berkenaan yang berdepan masalah ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

BACA JUGA : Pasport Malaysia Yang Baru Kini Sah 10 Tahun Dengan Bayaran RM350

Katanya, isu berkenaan sebelum ini telah dibawa kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan maklum balas yang diterima tidak menghalang penggunaan pasport dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun.

Bagaimanapun, kekeliruan berlaku apabila sesetengah syarikat penerbangan di luar negara mempunyai tafsiran berbeza mengenai tempoh sah laku pasport yang diperlukan, khususnya berkaitan syarat tambahan enam bulan.

Sehubungan itu, JIM kini menetapkan tempoh sah laku maksimum bagi PMA kepada 10 tahun sebagai langkah penyelarasan dan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.

Bagi Yang Bermasalah Dengan Tempoh Sah Laku Lebih 10 Tahun

Bagi pemegang PMA sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun, JIM akan menyediakan pasport baharu secara percuma dengan tempoh sah laku tidak melebihi 10 tahun. Mereka juga akan diberikan keutamaan bagi proses penggantian tersebut.

Dalam masa sama, JIM akan memaklumkan perkara berkenaan kepada semua syarikat penerbangan menerusi surat pemberitahuan. Langkah itu bertujuan membantu rakyat Malaysia yang terjejas ketika berada di luar negara.

Jabatan Imigresen Malaysia akan terus memperkemas pelaksanaan PMA bagi memastikan urusan rakyat lebih mudah serta perjalanan antarabangsa dapat dilakukan dengan lancar dan teratur.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now