Pasport Malaysia Yang Baru Kini Sah 10 Tahun Dengan Bayaran RM350

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pasport malaysia 10 tahun

Berdasarkan warta kerajaan yang diterbitkan seperti yang dikongsikan di laman media sosial, pasport Malaysia yang baru akan mempunyai tempoh sah selama 10 tahun dengan kadar bayaran RM350.

Warta tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

View on Threads

Bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas, bayaran pasport ditetapkan pada RM175. Sementara itu, pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) akan terus menikmati kemudahan pasport tanpa sebarang caj.

BACA JUGA : Ini Yang Anda Perlu Tahun Tentang Pasport Malaysia Versi Baharu

Ketika ini, pasport Malaysia dengan tempoh sah lima tahun dikenakan bayaran RM200, manakala warga emas hanya perlu membayar RM100.

Warta yang sama turut memperincikan kadar baharu bagi penggantian pasport yang hilang atau rosak. Untuk warganegara berusia antara 13 hingga 59 tahun, bayaran penggantian pertama dinaikkan kepada RM550 berbanding RM400 sebelum ini.

Penggantian kali kedua pula dikenakan caj RM850, manakala penggantian ketiga dan seterusnya berjumlah RM1,350.

Bagi golongan warga emas, kos penggantian pertama ditetapkan pada RM375, diikuti RM675 untuk kali kedua dan RM1,175 bagi penggantian ketiga serta seterusnya.

Pemegang Kad OKU pula akan dikenakan bayaran RM200 untuk penggantian pertama, RM500 bagi penggantian kedua dan RM1,000 untuk setiap penggantian berikutnya.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now