Fenomena kumpulan K-pop popular, BTS, terus mendapat perhatian peminat di seluruh dunia menerusi jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’ yang telah berlangsung sejak April 2026.
Malaysia turut tersenarai sebagai salah satu destinasi dalam siri jelajah tersebut. Kumpulan berkenaan dijadualkan mengadakan persembahan selama 2 hari di Kuala Lumpur pada Disember ini, sekali gus memberi peluang kepada BTS Army tempatan menyaksikan persembahan mereka secara langsung.
BACA JUGA : Senarai Konsert Yang Berlangsung Di Malaysia Sepanjang 2026
Menariknya, peminat BTS di Malaysia turut menerima satu tawaran istimewa daripada Maybank bersempena dengan jelajah berkenaan. Maybank memperkenalkan kad debit Visa edisi terhad yang menampilkan rekaan bertemakan BTS World Tour ‘ARIRANG’.
Dapatkan Kad Debit Visa Editi Terhad Dengan Tema BTS World Tour ‘ARIRANG’
Kad yang dikenali sebagai Limited Edition Maybank Visa | BTS WORLD TOUR ARIRANG Debit Card itu diperkenalkan dengan kerjasama Visa dan mula ditawarkan di Malaysia pada 23 September 2026.
Dari segi reka bentu, kad tersebut menggunakan warna hitam sebagai warna utama dengan tulisan ‘BTS WORLD TOUR ARIRANG’ pada bahagian hadapan. Logo serta nama Maybank dipaparkan dalam warna putih, manakala logo BTS World Tour ‘ARIRANG’ hadir dalam warna merah.

Gabungan elemen tersebut memberikan kad berkenaan penampilan yang ringkas, moden dan eksklusif, sesuai untuk peminat BTS yang mahu memiliki barangan bertemakan kumpulan kegemaran mereka.
Maybank memaklumkan bahawa buat masa ini, kad debit edisi khas tersebut hanya dikeluarkan oleh Maybank Malaysia.
Peminat yang berminat untuk mendapatkannya boleh berkunjung ke cawangan Maybank terpilih di seluruh negara mulai 23 September 2026.
Bagi pelanggan yang sudah mempunyai kad debit Maybank, permohonan untuk menukar kad sedia ada kepada kad bertemakan BTS ‘ARIRANG’ pula boleh dibuat secara dalam talian mulai 28 September 2026.
Senarai Cawangan Maybank Untuk Dapatkan Kad Visa BTS World Tour ‘ARIRANG’
- Bukit Bintang
- Mid Valley City
- Cawangan Utama KL (Menara Tun Perak)
- Dataran Maybank
- Cawangan Utama Petaling Jaya
- Cawangan Utama Shah Alam
- Cawangan Utama Pulau Pinang (Lebuh Union)
- Cawangan Utama Ipoh (Jalan Sultan Idris Shah)
- Cawangan Utama Kuantan (Jalan Sultan Abdullah)
- Cawangan Utama Johor Bahru (City Square)
- Karamunsing (Bangunan Maybank)
- Cawangan Utama Kuching
Peminat yang berminat perlu bertindak segera kerana Maybank menetapkan jumlah pengeluaran kad tersebut kepada hanya 60 keping setiap hari.
Pengagihan kad akan dibuat berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat dan tawaran berkenaan tertakluk kepada ketersediaan stok.











