Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) melalui UPUOnline bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2026/2027 akan mula diumumkan pada 14 Ogos 2026 (Jumaat).
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa pengumuman tersebut melibatkan calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan kelayakan yang setaraf dengannya.

Semakan keputusan UPUOnline boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari pada 14 Ogos sehingga jam 5 petang, 23 Ogos 2026. Calon boleh mendapatkan keputusan menerusi beberapa saluran semakan yang telah disediakan oleh pihak berkaitan.
Cara Semak Keputusan UPUOnline
Calon boleh menyemak keputusan UPUOnline melalui dan menggunakan beberapa cara iaitu :
- Portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my atau upu2.mohe.gov.my
- Aplikasi mudah alih UPUPocket
- Aplikasi MyGov.
Bagi calon yang berjaya memperoleh tawaran, proses pengesahan penerimaan perlu dibuat antara 15 hingga 23 Ogos 2026. Calon perlu memilih untuk menerima atau menolak tawaran berkenaan melalui laman sesawang Universiti Awam (UA) yang menawarkan tempat pengajian.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa surat tawaran rasmi akan disediakan oleh UA bermula 15 Ogos 2026. Surat tersebut hanya akan dikeluarkan selepas calon melengkapkan pengesahan setuju terima dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Tempoh Rayuan UPUOnline Bagi Yang Gagal Permohonan
Calon yang tidak menerima sebarang tawaran pengajian atau gagal sahaja diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan melalui UPUOnline di upu.mohe.gov.my.
Tempoh rayuan dibuka selama 10 hari, bermula jam 12 tengah hari pada 14 Ogos sehingga jam 5 petang, 23 Ogos 2026.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menjelaskan bahawa keputusan tawaran bagi sesi akademik 2026/2027 adalah muktamad. Calon yang berjaya tidak dibenarkan memohon pertukaran program pengajian mahupun Universiti Awam (UA) yang telah ditawarkan.
Bagi permohonan rayuan pula, pemilihan calon bergantung kepada kekosongan tempat dalam program pengajian yang berkaitan selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.
BACA JUGA : Permohonan Dermasisw B40 2026 Kini Dibuka Sehingga 16 Ogos Depan
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPUOnline® boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi melalui talian 03-8684 2363 atau e-mel upu@mohe.gov.my.
Maklumat dan perkembangan terbaharu berkaitan UPU turut boleh diperoleh menerusi saluran rasmi BKPA UPU di Facebook, TikTok dan Instagram.
Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi











