KA Share Tips Menang Dan Jadi 5 Pembeli Terawal Sambal Nyet Bilis

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
pembeli terawal sambal nyet bilis menang ke dolimites italy

Sebelum tiba Jumaat, hari-hari fikir macam mana nak menang battle Sambal Nyet Bilis untuk percutian ke Dolimites. Tak sampai hari yang dinantikan, KA sendiri ada share tips dan cara menang dan jadi 5 pembeli terawal.

Khairul Aming barus sahaja memperkenalkan produk terbaru daripada keluaran Khairul Aming Brand iaitu Sambal Nyet Bilis. Kali ni bahan-bahan lebih banyak dan rasa lebih ‘kick’. Harga RM15.99 sebotol sahaja.

BACA JUGA : Biodata Khairul Aming – Influencer Terkenal Malaysia

sambal nyet bilis khairul aming

Dengan pengenalan ini juga, kini beliau mempunyai 4 produk utama iaitu Sambal Nyet Berapi, Dendeng Nyet Berapi, Rendang Nyet dan terbaru Sambal Nyet Bilis. Sudah pastinya akan cepat sold out even selepas setahun.

Selain daripada keterujaan orang ramai tentang produk terbaru tersebut, ada satu lagi yang menarik minat iaitu tawaran percutian ke Dolomites, Itali secara percuma. Tawaran yang sama diberikan ketika pengenalan produk Rendang Nyet Berapi iaitu ke New Zealand.

Sama seperti sebelumnya, untuk memenangi percutian ini, anda perlu menjadi 5 pembeli terawal dapatkan 5 botal Sambal Nyet Bilis. Tawaran ini hanya dibuka ketika sesi penjualan secara live di platform TikTok.

menang dolomites di itali

Penjualan tersebut akan berlangsung pada 7 Ogos 2026, hari Jumaat, pukul 9.00 malam hanya di akaun TikTok Khairul Aming.

Sekarang dah tahu macam mana nak menang. Kita semua tahu yang beli produk KA ini bukan beratus orang, tapi beribu yang akan beli. Pada malam tersebut dikatakan hanya 125,000 botol sahaja dijual. Nak menang kena jadi 5 yang terawal.

Jadi macam mana nak jadi antara pembeli yang terpantas tersebut? Macam mana agaknya pembeli sebelum ini berjaya jadi yang terawal? KA ada kongsikan tips tersebut di akaun threads.

Tips Jadi 5 Pembeli Terpantas Sambal Nyet Bilis Dan Menang Percutian Ke Dolomites, Itali

Tips ini KA kongsikan berdasarkan pengalaman pemenang ketika trip New Zealand pada tahun lepas. 5 pemenang tersebut masing-masing kongsikan apa yang mereka lakukan ketika sesi battle tersebut.

tips menang percutian dengan khairul aming

Daripada 5 pemenang tersebut, 2 menggunakan line Umobile, 1 Line XOX dan 1 Digi. Manakala seorang lagi menggunakan wifi menerusi Maxis Fibre. Untuk online banking, kesemuanya menggunakan Maybank2u dan hanya seorang bayar menerusi Bank Islam.

Ingat syarat utama yang anda mungkin tertinggal adalah bayar menggunakan online banking atau DuitNow (bukan QR) sahaja. Kalau guna kaedah pembayaran lain, tidak akan diterima.

Seterusnya, masing-masing ada kongsikan kondisi ketika pembelian tersebut dibuat. Ada yang beli masa layan anak, ada duduk bilik seorang, ada beli dari dalam kereta dan tidak lupa juga hanya buat pembelian seperti biasa masa lepak di rumah je.

Selain itu, mereka ada kongsikan tips seperti baca bismillah terlebih dahulu. Jangan harapkan kepada yang tidak pasti. Masuk awal live KA dan kongsikan link live tersebut kepada ahli keluarga yang lain.

Jika dilihat daripada tipsi tersebut, sebenarnya ianya terlalu random. Tiada jawapan yang rigid dan boleh kita ambil sebagai pegangan. Kesimpulannya, ini memang rezeki yang mungkin kita tidak jangka.

Diharapkan perkongsian tips ini memberi gambaran awal bagaimana anda akan battle pada jumaat ini. Selamat berjuang komrad! Kalau berjaya menang trip Dolomites tu, jangan lupa ajak min sekali

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now