Jadual Waktu Solat Terengganu Sepanjang Tahun 2026

By Mein Amorim

Published On:

Follow Us
waktu solat terengganu tahun 2026

Bila adanya jadual waktu solat ini, sedikit sebanyak dapat bantu kita untuk uruskan kerja harian dengan menetapkan bila masuk waktu solat, boleh terus pergi solat. Untuk orang Terengganu, anda boleh dapatkan jadual waktu solat disini untuk sepanjang tahun 2026.

Sebagai umat Islam, kita wajib mengerjakan solat 5 kali sehari. Tidak boleh terlepas atau tinggal walaupun satu waktu. Jadi bila tibanya waktu solat, perlu lakukan solat seperti yang telah diajar oleh Rasullullah SAW.

BACA JUGA : Jadual Waktu Solat Terengganu Tahun 2025

Setiap solat sudah ditetapkan waktunya. Sebagai contoh, Solat Subuh dilakukan pada awal waktu. Solat Zohor dilakukan pada waktu tengah hari, manakala Solat Asar dilakukan pada waktu petang. Solat Maghrib dilakukan ketika gelincir matahari dan akhir sekali waktu Insyak dilakukan pada waktu malam.

Waktu solat-solat ini sebenarnya ditentukan berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari. Tapi kini lebih mudah bila adanya jam waktu. Kita boleh tahu bila waktu solat akan bermula berdasarkan jam sahaja.

Disebabkan bumi ini bulat, waktu biasanya akan berubah sedikit dari semasa ke semasa. Jadi bila masuk waktu solat juga akan berubah. Tetapi waktunya tidak ketara terutamanya di Malaysia. Melainkan di negara 4 musim.

Jadual Waktu Solat Terengganu Tahun 2026

Jadi khusus untuk umat Islam di Terengganu, anda boleh dapatkan jadual penuh waktu solat disini sepanjang tahun 2026. Pihak berkuasa telah menetapkan 4 zon yang berbeza bagi setiap daerah. Anda hanya perlu pilih daerah anda dan dapatkan waktu solat tersebut.

Anda boleh klik butang diatas mengikut daerah tempat tinggal anda dan download jadual waktu solat Terengganu bermula dari Januari hingga Disember untuk tahun 2026.

Jadi lepas ni kalau nak cari waktu solat Terengganu hari ini atau waktu solat disini, anda boleh search sahaja dan masuk ke portal ini. Semoga bermanfaat terutamanya anda yang berada di negeri Terengganu.

Sumber : https://www.e-solat.gov.my/

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now